“Walaupun Abah sedih, tapi Abah gembira kerana…”- Datuk Seri Aliff Syukri beri bayangan rumahtangga bermasalah

Lama juga kita tidak mendengar sebarang berita mengenai Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida. Umum mengetahui pasangan ini sedang menanti kelahiran cahaya mata mereka yang ke 5 tak lama lagi. 

rumah tangga aliff syukri bermasalah

Namun, sejak kebelakangan ini mereka jarang dilihat bersama dan hanya memuat naik luahan sedih menerusi akaun Instagram masing-masing. Seakan menggambarkan masa lah berlaku di dalam rumah tangga.

rumah tangga aliff syukri bergolakdaitn nur shahidaaliff syukri

bonda rozita ibrahim

Menguatkan lagi dakwaan tersebut adalah ketika Bonda Rozita Ibrahim seakan mengiyakan rumah tangga anak dan menantunya itu memang sedang menghadapi masalah.

bonda rozita ibrahim beri bayangan rumah tangga aliff syukri bermasalahaliff syukri cerai

Menurut Bonda Rozita, Aliff telah memarahi isterinya kerana ‘banyak ragam’  disebabkan Shahida  yang sedang hamil menolak untuk terlibat sama dalam penggambaran bagi saluran YouTube TV Oh Abang Kosmetik.

aliff syukri rumah tangga aliff syukrialiff syukri Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri. Bumi mana yang tak ditimpa hujan.

Setiap pasangan yang berkahwin pasti akan melalui ujian berbeza dalam rumah tangga, tidak dapat elak daripada perselisihan faham dan sebagainya.

Namun, ia masih boleh diperbaiki dengan sifat toleransi dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Jangan mudah putus asa mempertahankan mahligai yang dibina.

Sama-sama kita doakan yang baik-baik buat Datuk Seri Aliff dan Datin Shahida.