Baru selesai konvo Degree, Fikry Ibrahim target sambung Masters pula

PELAKON Fikry Ibrahim atau nama sebenarnya Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 25,berjaya menamatkan pengajiannya dan menggenggam segulung Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) Pengiklanan pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke-91 yang berlangsung baru-baru ini.

Fikry menerima ijazah tersebut yang disampaikan oleh Naib Canselor UiTM, Profesor Dr Mohd Azraai Kassim.

Berita gembira itu dimaklumkan Fikry menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagram miliknya semalam.

“Never stop learning because life never stops teaching.” Terima kasih kepada keluarga, guru-guru, kawan dan semua yang mendoakan dan support saya. Tahniah buat graduan yang lain!” tulisnya.

Difahamkan Fikry juga sedang bercita-cita untuk menyambung pengajiannya di peringkat sarjana (Masters) pada tahun hadapan.

“Diploma bukan hanya untuk dapatkan kerja. Tapi ilmu yang kita dapat sama ada di universiti atau di luar universiti dapat mendewasakan kita. Sijil tu hanya sekadar bukti rasmi sudah belajar saja.

“Apa yang kita pelajari dalam kehidupan seharian juga penting. Sebab itu kita jangan berhenti bertanya dan belajar dari orang sekeliling. Kalau tak, saya rasa seorang individu itu sudah ‘ma ti’ sebelum usianya,” katanya lagi.

 

Kejayaan Fikry mendapat perhatian peminatnya dan rata-rata mereka mengucapkan tahniah kepada pelakon itu.

Selain itu mereka juga memuji Fikry kerana tidak mengabaikan pelajarannya walaupun sibuk dengan kerjaya lakonan.

“Tahniah! Dah lah hensem pelajaran tinggi,” komen @allydarnish

“Fikry Ibrahim ni salah satu contoh generasi baru yang well behave, di didik dengan baik adab sopan dan agama. Well educated tapi rendah hati. Very rare in his generation,” puji @@MsBella02192598

“Congrats Fikry Ibrahim. Alhamdulillah… Dah graduation, good luck dalam apa jua bidang yang diceburi,” tulis @AfikryAibrahim

Fikry memulakan kerjayanya dalam bidang seni selepas mendapat tempat ketiga dalam program Lawak Solo 2016.

Selain pelawak, Fikry juga merupakan seorang pelakon dan pengacara. Fikry mula dikenali selepas membintangi drama popular Hero Seorang Cinderella, Cekelat Semanis Honey dan Cik Reen & Encik Ngok Ngek.

 

 

 

 

Sumber:Astro Awani,Remaja