Di mana nilai sensitiviti umat Islam akhir zaman?

Perasan tak, sejak akhir-akhir ini, macam-macam perkara pelik, jelik yang terjadi di kalangan komuniti kita.

Orang kita suka kepada pendapat-pendapat yang pelik, dan suka buat benda yang pelik-pelik semata-mata untuk dapatkan perhatian.

Aku ciptakan perumpamaan, “Dalam sekawanan kambing putih, pasti seekor kambing hitam yang paling menyerlah”.

Tatkala masyarakat semuanya mengikut uruf berwarna putih, tiba-tiba dia seorang sahaja yang hitam. Pasti orang mudah nampak dia kerana kepelikan itu, lalu ‘terkenal’ lah dia.

Orang Arab pun ada bagi pepatah, “Bul ala ZamZam, Fatu’raf” yang membawa maksud, “Kencinglah di Telaga Zam-Zam, kamu akan jadi terkenal”.

Orang yang buat benda pelik, yang boleh bawa kemarah an masyarakat ramai, memang akan cepat terkenal. Cuma orang dahulu takut dengan kecaman masyarakat (hukuman sosial). Tapi, dengan virus “Toxic Positivism”, orang sekarang tak kisah menerima kecaman, bahkan suka dikecam semata-mata nak dikenali.

Kalau dalam ilmu Tasawwuf, orang yang gilakan populariti itu dipanggil “Hubbu Jah” atau “Hubbu Syuhrah” iaitu satu penyakit hati.

Cuma orang dahulu sukakan kemasyhuran pada perkara baik. Tapi, akhir zaman ni, orang sukakan kemasyhuran dengan cara 1qaqaaaaa oh, pelik dan keji. Ini menunjukkan masyarakat menghidap penyakit “Hubbu Jah/Syuhrah” pada tahap yang lebih kritikal.

Tatkala uruf umat berpegang bahawa asnaf zakat yang lapan, tiba-tiba ada yang mencadangkan pemberian zakat pada orang non-muslim.

Macam takda sumber kewangan lain dah nak bagi.

Bila kita tak bagi penyebaran Bible kepada awam, mereka kata ini hanya buku dan hanya lambang salib, takkan akidah dah goyang. Bukan isu goyang tak goyang, tetapi ianya tentang normalisasi dan perundangan.

Tapi bila kita nak buat tulisan jawi, mereka jugak yang gelabah itik membantah. Akidah kamu goyang ke dengan tulisan jawi? 6 muka surat je pun nak buat…

Ada artis yang peluk anjing. Bila pendakwah tegur, dia ego mempertahankan tindakannya itu. Menurut artis terbabit, anjing  juga makhluk Tuhan. Dah kalau macamtu, kenapa tak peluk harimau? Makhluk Tuhan juga tu. Peluklah! 

Isu Photoshoot di Perkuburan Kristian. Kita umat Islam ni disuruh menghormati manusia sama ada yang hidup atau yang telah ma ti.

Islam juga ajar bagaimana adab menziarahi kubur. Dari aspek pakaian, perbuatan, percakapan dan sebagainya. Itu sensitiviti di perkuburan Islam.

Tapi ada sekumpulan orang ni, buat perangai tak senonoh di perkuburan Kristian, yang  boleh menyentuh sensitiviti dari dua kelompok agama. Pertama, sensitiviti masyarakat Islam sendiri, dan kedua sensitiviti rakan-rakan kita yang beragama Kristian.

Kau tak fikir ke perasaan diorang bila kau pakai baju ketat-ketat macam tu, pergi gelak ketawa bersuka ria shoot gambar untuk marketing bisnes duniawi kau? Duduk, pijak atas kubur orang tanpa hormat.

Orang Kristian pun kalau nak ke kubur ada adab tau. Pakaian sopan warna hitam, takleh bising-bising, ambil iktibar terhadap kematian dan sebagainya. Kau boleh pulak tunjuk akhlak buruk macam tu di tempat orang.

Kalau orang anggap Islam tak ajar akhlak kau marah. Kalau orang hina Islam kau marah. Tapi perbuatan kau sendiri yang memalitkan lumpur kepada agama kita.

Bila dikecam netizen, dia berfalasi kata itu untuk simpanan peribadi, tak disengajakan. Tapi yang kau berbangga-bangga ‘memperagakan’ salib, berbangga-bangga bila ianya viral tu apa?

Nampak sangat memang sengaja dibuat untuk dapatkan marketing murahan. Macamana nak berkat bisnes?

Bila masyarakat tegur, mula lah nak acah depress, nangis-nangis, marah-marah, pastu nak ugut saman, konon cyberbully.

Di manalah iman, di manalah akal, di manalah basirah umat Islam akhir zaman ni. 

Bukan saja pelik, tapi jelik! 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: thepatriots