Putih melepak, rambut hitam lebat, cantiknya Aya Soffya!

Pelakon Wawa Zainal berkongsi wajah anak bongsunya, Aya Soffya yang dilahirkan pada 1 Disember lalu, melalui entri di akaun instagram miliknya dan milik Aya.

“Assalammualaikum semua…Nama saya Aya Soffya binti Aeril Zafrel. Saya dilahirkan pada 1.12.19, sehari sebelum birthday ayah saya..

“Berat saya 2.86 masa lahir. Muka saya macam kakak Hayla,” tulis kapsyen entri di akaun milik Aya tersebut.

Comel sungguh cahaya mata ketiga pasangan Aeril dan Wawa yang berkulit putih dan berambut hitam lebat ketika dirakamkan semasa sesi ‘newborn photoshoot’ tersebut.

Rata-rata, pengikut-pengikut Wawa juga memuji kecomelan Aya di dalam ruangan komen.

Lebih menarik lagi, Wawa berkongsi bahawa Aeril telah pun meminta untuk menambah seorang lagi cahaya mata lelaki untuk melengkapi keluarga mereka.

“Tak sangka ada anak tiga dua ketul tu. @Aeril_zafrel dah minta nak tambah satu lagi lelaki..tapi ingatkan kesakitan nak beranak tu Ya Allah…

“Kali ni beranak paling tak boleh lupa…sakitnya betul-betul hujung nyawa rasa.

“Tapi bila si kecil ni keluar, lega dia tu Subhanallah…lain anak lain pengalaman kan? Tapi orang kata beranak baby girl, sakit dia lain macam betul ke?” tulis Wawa sebagai kapsyen.

Terdahulu, Wawa dan Aeril mempunyai sepasang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar (6) dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa (4).

Kredit Foto: Instagram @w4w4_zainal & @ayyasoffya

 

 

 

 

 

Kredit: Xtra