Bersanding di usia 50 tahun Zamani rasa macam mimpi

Penyanyi Zamani Ibrahim,  atau lebih dikenali sebagai Zamani Slam  melahirkan rasa syukur sewaktu majlis persandingannya bersama isteri, Nur Juliana Abdul Rani.

Zamani, 50  tidak menyangka majlis bersejarah dalam hidupnya itu akan menjadi realiti.

“Saya bersyukur dan amat berterima kasih kepada perunding perkahwinan yang menaja sepenuhnya majlis ini.

“Sewaktu berada diatas pelamin ketika bersanding, saya rasa seolah-olah seperti bermimpi.

Jelas Zamani lagi segala perancangan telah dibuat sebelum dia menunaikan umrah pada hujung Oktober tahun lalu.

Mengulas mengenai persandingan, Zamani menjelaskan tarikh 1 Januari 2020 dipilih untuk mencipta kelainan dan apabila meraikan tahun baharu setiap tahun, ia sekali gus meraikan ulang tahun perkahwinannya.

“Selain itu, hanya tarikh ini saya ada kelapangan kerana selebihnya diisi dengan jadual persembahan yang padat,” ujar Zamani lagi.

Terdahulu, Zamani dan Juliana diijabkabul pada 20 September 2019.

Majlis Zamani turut dihadiri rakan-rakan artis seperti Shah Slam, Acong dan Ameng.

 

Tahniah Zamani. Semoga kekal bahagia hingga hujung hayat.

 

 

 

Sumber /Foto:Astro Awani/Zimeproduction