Ingatkan cuma modal lawak, rupanya novel-novel dalam drama Kampung People memang ada!

Drama komedi popular,Kampung People yang ditayangkan di TV3 setiap hari Rabu hingga Jumaat setiap jam 9 malam, menjadi perhatian kerana pelakon-pelakonnya yang bersahaja dan jalan ceritanya yang lari dari cliche drama Melayu biasa.

Setiap scene dalam drama ini ada saja yang mencuit hati.

Termasuklah scene di mana novel-novel yang diberikan oleh Ejen Syukri lakonan Dato’ Fizz Fairuz kepada keluarga Razif
dengan tajuk-tajuk yang kelakar antaranya seperti Laut I Miss You, PinjamkanLah Suamimu, Pulangkanlah Suamiku dan lain-lain.

Rupanya novel-novel tersebut yang kerap dibaca salah satu watak iaitu Yummy lakonan Kamarul Eqifshah memang wujud !

Sumber-sumber gambar ni diambil dari FB penulis Shahril Sarjen yang juga melakonkan watak sebagai Badrul Bisu di dalam drama trending tersebut.

Haish..nak pergi carilah novel ni. Nak tau apa ending part Darwish buat pemindahan otak tu! 😆😆

 

 

 

Sumber:FB Shahril Sarjen