Tumbuhan-tumbuhan berputik semula di hutan belukar Australia selepas sebulan kebak4ran

Foto-foto cantik hutan belukar di NSW Central Coast yang dirakam sebulan selepas keb4karan dianggap seperti harapan hidup semula.

Foto tersebut diambil oleh seorang jurugambar tempatan Murray Lowe di sebuah kawasan Kulnara pada hari Isnin dan dia menyiarkannya di Facebook, di mana foto-foto ini telah mendapat perkongsian lebih 37,000 kali kurang dari 48 jam! 

“Saya berusaha ke kawasan bekas kebak4ran hari ini untuk mengambil beberapa gambar tentang bagaimana hutan belukar Aussie bertindak balas terhadap kebakaran,” ujar Lowe.

“Walaupun tanpa hujan, kehidupan ‘mencari jalan’ melalui kulit yang terb4kar dari batang pokok dan kitaran hidup pun bermula semula” tambah Lowe.

Black Boys,tumbuh lebih banyak, walaupun dalam musim kemarau. (Murray Lowe, Facebook)

Lowe juga menggesa supaya orang ramai berkongsi sebanyak mungkin foto-foto yang telah diambilnya.

“Sungguh menggembirakan melihat belukar itu kembali hidup semula,” tulisnya.

Pengguna Facebook lain juga turut berkongsi foto tumbuhan yang hidup semula di ruangan komen Facebook Lowe.

Gambar oleh penduduk residen Nikayla Rae Austin, di pantai utara NSW. (Facebook) .

“Pucuk-pucuk baru dari batang-batang pokok makanan koala, dan tumbuh-tumbuhan yang tumbuh subur membawa senyuman ke wajah kami,” Port Macquarie Koala Hospital berkata mengenai foto ini. (Port Macquarie Koala Hospital, Instagram)

Lowe berkata dia teruja dengan respon dari wargamaya terhadap  foto-fotonya.

“Saya tidak menjangka sambutan menggalakkan terhadap gambar-gambar ini , ia sangat menyentuh hati” katanya.

Port Macquarie Koala Hospital, yang telah berhadapan dengan tugas berat untuk menyelamatkan populasi koala  juga turut berkongsi imej yang menunjukkan pertumbuhan semula pada “batang makanan koala” di hutan negara Bril Bril.

 

 

 

Sumber: 9news