Penggunaan straw serai bakal diperluas ke kafe hospital

Penggunaan serai sebagai penyedut minuman akan diperluaskan ke kafe hospital termasuk kepada pesakit bagi menggantikan straw plastik.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Datuk Husam Musa, berkata pihaknya bersedia membekalkan tanaman serai kepada mana-mana pihak yang ingin menyahvt saranan tersebut.

Beliau berkata, penggunaan penyedut minuman daripada serai adalah sesuatu yang baru dan sebagai permulaan, beliau mewajibkan penggunaannya di semua kafe KADA.

“Tanaman serai mempunyai 27 jenis dan untuk penggunaan sebagai penyedvt minuman, serai buluh adalah sesuai.

“Kita akan memajvkan penggunaannya kepada kafe Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sama ada untuk digunakan oleh orang ramai atau kepada pes4kit sendiri kerana ia adalah daripada bahan semula jadi.

“Tanamannya juga akan diperbanyakkan iaitu di sepanjang tebing tali air KADA dan lebih 10,000 rumpun sudah ditanam di Kampung Padang Halban,” katanya kepada pemberita di Ladang Merdeka Senor, di sini.

Beliau juga akan membuat surat rasmi kepada pihak HUSM, Kubang Kerian untuk tujuan cadangan itu dalam masa terdekat memandangkan bekalan serai sangat banyak.

“Bagi pencinta alam sekitar, inisi4tif serai sebagai penyedut minuman amat bagus kerana ia dapat mengvrangkan penggunaan bahan plastik,” katanya.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber:BH