Tokti sudah bersedia

Penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza menyatakan yang dia sudah bersedia untuk memiliki cahaya mata kedua.

Menurut Siti atau lebih mesra disapa Tokti, semuanya terserah pada ketentuan dan rezeki dari Allah SWT.

“Saya ever-ready, ada rezeki daripada Allah saya terima dan saya juga beruusaha,” kata Tokti kepada Gempak.

Siti ditemui ketika acara SimplySiti Fun Day Out Bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza bertempat di Genting Highlands, Pahang pada Rabu lalu. 

Tambah Tokti lagi, dia bersyukur kerana Aafiyah diberikan kesihaatan yang baik dan membesar dengan bijak.

Akuinya, sebagai ibu bapa, dirinya dan suami sentiasa akan beruusaha memberikan yang terbaik kerana anak adalah amanah dari Allah.

 

Semoga misi tahun 2020 Tokti tercapai! 

 

 

 

 

 

Sumber:Gempak