Fathia impi jadi penyanyi. Kini belajar vokal dengan Bob (AF)

Meskipun tahun lalu dia terlibat dengan pelbagai kisah k0ntroversi, tetapi pelakon Fathia Latiff tidak pernah putus asa untuk terus mencuba nasibnya dalam bidang seni.

Selepas sekian lama bergelar pelakon, kini Fathia berhasrat untuk bergelar penyanyi pula.

“Saya masih teringat ketika arw4h datuk masih ada dia selalu menyanyi untuk saya.

“Sejak dulu lagi saya memasang impian untuk menjadi penyanyi.

Kalau saya ke acara santai pasti saya akan menyanyi untuk suka-suka,” katanya yang kehil@ngan datuk tersayang tiga tahun lepas.

Bagi membuktikan dirinya benar-benar s3rius untuk bergelar penyanyi,  Fathia memantapkan v0kalnya dengan berguru dengan Bob Yusof(AF) , atau dipanggil Fathia sebagai Cikgu Bob.

Bakal tampil dengan single berjudul Jika Aku tahu ciptaan komposer Anas, Fathia berharap percvbaan pertamanya ini diterima baik peminat.

 

Ditanya al4san dia mem0tong rambut pendek untuk melariskan lagu, Fathia men4fikan hal itu.

“Sempena tahun baharu saya mahu sesuatu yang fresh. Bukan sebab tert3kan atau gimiik lariskan lagu,” akuinya yang selesa dengan imej rambut pendek.

 

 

 

 

 

Sumber:xtra