Tak perlu ‘sorok’ lagi, akhirnya Elly Mazlein perkenalkan wajah bakal suami pada umum

Setahun lebih  menyembunyikan wajah bakal suami, penyanyi dan pelakon Elly Mazlein akhirnya mendedahkan wajah bakal suaminya , Mohamad  Azlan di majlis malam berinai yang berlangsung hari ini.

Pemilik nama sebenar Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi dan pasangannya seorang guru yang berasal dari Kelantan berseri-seri mengenakan persalinan songket rona biru yang direka rekaan Jimmy Couture dan ditatarias oleh Gabriel Padan.

Kehadirana bakal suami bintang Kampung People itu diiringi dengan alunan kompang lima beradik masuk ke dalam dewan.

 

 

Majlis yang bertemakan Cik Siti Wan Kembang itu diraikan di Dewan Sri Tun Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Majlis yang berlangsung penuh dengan adat tradisi negeri Kelantan dihadiri kira-kira 150 orang tetamu yang terdiri ahli keluarga, rakan terdekat dan media.

Elly dan Azlan serta para tetamu turut dihiburkan dengan persembahan silat selain ucapan dari wakil kedua ahli keluarga.

Keduanya bakal disatukan pada esok hari dan disusuli dengan majlis resepsi pada hari yang sama.

Elly  mengikat tali pertunangan dengan Mohamad Azlan di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, 17 Disember tahun lalu.

Tahniah Kak Lina !! 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: MH