Tunku Hanis Sah Berhijab Lepas Drama Leftenan Zana

Siapa yang pernah menonton drama bersiri Leftenan Zana, tentu kenal  dengan aktres Tunku Hanis yang memegang watak Raz dalam drama berkenaan.

Hanis atau nama penuhnya Tunku Norhanis Tungku Salman memaklumkan dirinya kini sudah berhijab sepenuhnya bermula sejak tahun lalu.

Menurut bintang berusia 28 tahun ini, dia telah membuat keputusan untuk berhijab selepas dirinya mencari kerehdaan dari Yang Maha Pencipta.

“Ya, saya memang dah berhijab dan hampir setahun saya memakai hijab selepas tamatnya drama bersiri Leftenan Zana ditayang di TV3 tahun lalu,

“Entahlah rasa dunia ni dah penhvjung, pusing kiri pusing kanan banyak benda jadi iktiibar buat saya, yang ternyata penghujungnya, redha Allah yang kita semua perlu cari,” katanya.

Di samping itu, Hanis berkata dirinya terpaksa menOlak beberapa tawaran lakonan selepas berhijab.

“Ada terima banyak tawaran lakonan terutama sekali watak antagOnis tapi saya terpaksa tOlak sebab semua kena ‘free hair’, watak lain ada terima tapi saya tOlak juga masa tidak mengizinkan sebab sekarang saya dah fokus dengan perniagaan saya,” katanya lagi.

Sekadar informasi, Hanis dilahirkan pada 24 Mei 1991 di Seri Meranti, Negeri Sembilan dan merupakan anak kedua daripada empat beradik.

Hanis telah memulakan karier lakonan pada tahun 2007 ketika berusia 17 tahun.

Foto: Instagram Tunku Hanis

 

 

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: MH