Hampir kemvrungan, Radhi tak puas jumpa anak

Selepas berpisah dengan bekas isteri, Nur Shahira Ayu Zahiri pada Julai tahun lalu, penyanyi kumpulan OAG, Radhi, 42, mengakui dia hampir berdepan dengan penyaakit kemvrungan.

Menurut Radhi,percerian itu memberi impak besar dalam dirinya.

“Siapa tak sedih kalau berc3rai dan sememangnya saya sangat tertekan. Bayangkan tiba-tiba rumah tiada orang lain dan hanya tinggal saya seorang.

“Selepas berc3rai, saya hampir tidak tahu bagaimana nak teruskan kehidupan. Namun, saya berusaha berdoa dan mendapatkan petunjuk daripada Allah,” katanya.

Bagaimanapun, Radhi bersyukur apabila beberapa rakan tampil membantu untuk mengembalikan semula kekuatan dirinya.

“Saya ada mengikut jemaah Tabligh berdakwah dan mereka banyak membantu. Ketika itu saya merasakan Allah menghantar bantuan kepada saya. Alhamdulillah ketika bersama mereka, saya menerima ujian berat itu. Ini semua urusan Allah,” katanya.

Dalam pada itu, Radhi juga berharap dapat kembali tinggal bersama anak-anaknya suatu hari nanti.

“Anak sangat penting buat saya tapi tak boleh salahkan pihak bekas isteri mengenai hak penjagaan. Saya reda kalau jarang dapat dan tak mahulah mengganggu mereka.

“Memang saya dibenarkan berjumpa anak saya, tapi itulah, tak puas. Saya teringin juga nak bawa mereka balik dengan saya dan tidur memeluk mereka,” katanya.

Radhi dan Ayu mendirikan rumah tangga pada 14 April 2014 dan dikurniakan dua anak, Nur Aisyah, 5, dan Muhammad, 4.

 

Sebelum ini, Radhi pernah berkahwin dengan Shazlin Sharif pada 1 Januari 2005 sebelum berpisah pada 8 Jun 2010.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan anak lelaki, Muhammad Rifdi Muslim yang kini berusia 15 tahun.

 

 

 

 

Sumber:HM