Perkampungan muslim di Qiyi Street, Wuhan mula mendapat perhatian

Sebut sahaja Wuhan mengingatkan kita kepada huru-hara yang mula melanda kawasan itu ekoran wabak K0r0navirus yang berlaku sejak pertengahan bulan Januari lepas.

Di daerah itu saja, telah dilaporkan terdapat beribu kes positif kronavirvs serta ratusan kem atian sudah berlaku.

Jadi, tidak hairanlah bandar tersebut tiba-tiba sahaja popular dalam sekelip mata.

Menyingkap mengenai penduduk disana, terdapat satu kawasan perkampungan di Qiyi Street yang diduduki oleh penduduk Islam. 

Hal ini telah dikupas menerusi satu video yang mulai tular selepas k0r0navirus melanda Wuhan.

Dokumentari pendek dari saluran Youtuber Indonesia ini menceritakan serba sedikit mengenai kehidupan penduduk Muslim di kampung tersebut.

Kampung yang dikenali sebagai Qiyi Muslim Village ini didiami oleh pelbagai etnik di China dan sebahagian besarnya adalah Muslim.

Mereka mengamalkan cara hidup sederhana dengan berniaga di pasar serta kedai-kedai makanan halal.

Di Kampung Qiyi, umat Islam tidak perlu risau dengan bahan basah kerana sememagnya halal dan diproses oleh mereka yang beragama Islam.

Walau bagaimanapun, ia sedikit mahal tetapi perkara tersebut tidak menjadi masaalah kerana bahan basah disana segar dan bermutu.

Malah yang bukan Islam juga turut membeli di pasar basah terbabit.

Kampung Qiyi juga turut mempunyai masjid yang sentiasa hidup kerana sememangnya dihadiri oleh para jemaah apabila tibanya waktu solat fardu.

Dokumentari yang dibuat oleh  Muhammad Hanif Hasballah ini telah disiar di saluran Youtube pada 14 September 2019, namun ia hanya mendapat perhatian meluas selepas terjadinya wabak k0r0navirus melanda Wuhan baru-baru ini.

Dokumentari itu antara lain menyingkap satu sisi lain Wuhan yang ternyata mempunyai perkampungan Islam dalam kelompok 11 juta penduduk daerah tersebut seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Sumber :Muhammad Hanif Hasballah

 

Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: Borak Daily