Kaka tak sengaja unfollow IG suami

Tiba-tiba nama Kaka Azraff terpalit gosip apabila netizen mendapati dia berhenti mengikuti akaun Instagram suaminya, Adam Azriff.

Bagaimanapun Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 31 menjelaskan tindakannya ‘unfollow‘ Instagram suaminya itu dilakukan secara tidak sengaja.

Malah, menurut penyanyi lagu Sibuk ini, rumah tangganya berada dalam keadaan baik dan tidak bermasalah.

Hubungan Kaka dan Adam baik-baik sahaja.

“Sejujurnya, saya memang tidak sengaja nak unfollow Adam dan saya sendiri tak perasan bila masa pula saya tertekan butang unfollow itu.

“Hubungan saya dan suami baik-baik sahaja dan boleh dikatakan setiap hari kami sentiasa fall in love with each other.

“Adam pun berasa geli hati apabila saya tunjuk artikel mengenai perkara itu,” kata Kaka ketika dihubungi mStar pada Khamis.

Kaka diminta mengulas mengenai sebuah artikel yang mendakwa dia tidak lagi mengikuti akaun laman sosial suaminya.

Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki bernama Aslan.

Menerusi artikel tersebut, hasil semakan memperlihatkan Adam masih mengikuti Instagram Kaka.

Kaka dan Adam disatukan sebagai suami isteri pada 14 Disember 2018 dan dikurniakan cahaya mata lelaki yang diberi nama Aslan Adam pada 11 Oktober tahun lalu.  

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber:mstar