Resepi Daging Bakar dengan Sambal Pencicah ala Dannok Thai ,Sedapnya!

Resepi Daging Bakar Sambal Pencicah ala Dannok Thai

Resepi Daging Bakar Ala Dannok

Bahan-Bahan:

  • 2 keping daging batang pinang (selebar & sebesar tapak tangan lelaki dewasa, setebal 2 cm) **
  • 2 sudu besar sos tiram **
  • 2 dudu besar kicap cair **
  • 1 ulas bawang putih- tumbuk halus **
  • 1 batang serai- dihiris nipis & ditumbuk halus **
  • 1 sudu kecil lada sulah **
  • 2 sudu besar gula perang **
  • Sedikit minyak masak
  • 1 ketul arang size kecil
  • Aluminium foil

Cara-Caranya:

1. Perap daging 3-4 jam bersama semua bahan-bahan yang bertanda (**). Simpan daging yang diperap dalam peti sejuk tempat biasa.

2. Selepas 3 jam, barakan arang, sambil-sambil tu boleh start bakar daging atas pan. Letak sedikit minyak dulu dipermukaan pan, bakar selama 10 minit sahaja ye (5 minit setiap bahagian permukaan) tak boleh terlebih masak, api sederhana besar je.

Kalau terlebih masak daging akan kering dan agak liat ye, kalau anda suka medium well cukup setakat 8 minit sahaja masa membakar daging tadi.

3. Setelah daging masak tutup api dulu, kemudian ambil arang yang telah berbara tadi, letakkan diatas sekeping aluminium foil. Titiskan beberapa titis minyak masak atas arang, cara ini akan menyebabkan arang mengeluarkan asap yang banyak dan letakkan arang dalam pan daging tadi.

4. Tutup pan cepat-cepat dengan penutup yang rapat, proses ini untuk mendapatkan rasa daging seperti dibakar dengan arang dan yang pasti ianya sememangnya menyedapkan lagi rasa daging bakar tu nanti.

5. Biarkan asap menyelimuti daging selama 1-2 minit sahaja. Kemudian boleh angkat daging untuk dipotong dan dihidangkan bersama sos pencicah Thai

Sos Pencicah Thai

Bahan-Bahan:

  • 1 s/b serbuk beras pulut disangai – ditumbuk/dikisar halus
  • 4 ulas bawang putih bakar **
  • 4 bj cili api super pedas **
  • 4 s/b sos ikan
  • 2 s/b gula perang **
  • 2 ketul sebesar ibu jari gula nisan **
  • 1 s/b jus asam jawa
  • 2 bj limau kasturi – perah ambil jus
  • bawang holland – dihiris
  • Sedikit hirisan daun ketumbar
  • Sedikit hirisan daun bawang

Cara-caranya:

1. Bahan bertanda (**) ditumbuk lumat, dalam bekas satukan semua bahan-bahan. Kacau sebati, sesuaikan rasa dan siap untuk dihidang bersama daging bakar.

 

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: senangmasak