Alasan tak masuk akal seorang pemuda apabila tak endahkan orang utan yang ingin membantunya

MOMEN yang amat menyentuh perasaan apabila cubaan seekor orang utan yang memberi bantuan kepada seorang lelaki yang sedang mencari ular di sebatang sungai tidak diendahkan pemuda tersebut.

Menerusi sekeping gambar, haiwan itu dilihat cuba membantu lelaki berkenaan dengan menghulurkan tangannya kerana mungkin menyangka pemuda itu terjatuh ke dalam sungai.

Namun sebenarnya pemuda itu bukanlah terjatuh ke dalam sungai,tetapi dia mencari ular bagi projek pemeliharaan sebatang sungai disamping melindungi populasi orang utan.

Momen menarik ini dirakam oleh seorang jurugambar, Anil Prabhakar.

Orang utan ini mungkin menyangka lelaki berkenaan terjatuh ke dalam sungai yang mempunyai ular. Foto SWNS

Bagaimanapun, Anil mendedahkan lelaki itu tidak menyambut tangan orang utan tersebut! 

Anil berkata: 

“Seekor orang utan datang ke sungai dan melihat apakah lelaki itu lakukan. Ia datang dekat dan menghulurkan tangannya.

“Warden itu hanya berlalu pergi. Saya kemudian tanya mengapa dan katanya: ‘Ia adalah haiwan liar, bukan yang kita kenal” katanya.

Rasanya dalam hal ni, orang utan tu lagi ada akal kot! 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: mstar