Gelagat Hafizh Syahrin jumpa doktor gigi ‘cuit hati’ warganet

Baru-baru ini bekas pelumba MotoGP negara,Hafizh Syahrin ada memuatnaik video dia mendapatkan pemeriksaan di sebuah klinik gigi di akaun IG miliknya.

Bila ditanya kenapa memuat naik video tersebut. Hafizh berkata ia untuk memberi semangat kepada mereka yang travma atau takut untuk berjumpa doktor gigi.

Video pendek yang dimuat naik itu mencuit  warganet apatah lagi momen bila Hafizh dilihat sempat ‘bermain mata’ dengan doktor gigi tersebut. 

Sebelum itu Hafizh dilihat memakai topi keledar yang digunakan ketika berlumba memasuki sebuah klinik swasta sebelum bertemu dengan doktor gigi.

“Saya hanya mahu berikan suasana lebih santai kepada peminat atau orang yang tak suka hendak pergi ke klinik gigi.

“Ia adalah kali pertama saya pergi ke klinik gigi itu. Sebelum ini, saya pun ada perasaan takvt hendak buat pemeriksaan gigi kerana bimbang terasa saakit.

“Tapi bila kakitangan klinik ini menerangkan segala-galannya, saya amat berpuas hati. Harga yang dikenakan juga berpatutan dan doktor yang merawat saya juga masih muda,” katanya.

Jelas Hafizh, dia mahu mencontohi sikap seorang doktor dari luar negara yang sering memuat naik video berunsur santai bagi menarik minat orang ramai hadir ke kliniknya.

“Saya tak ingat nama doktor itu tetapi pendekatannya sangat baik dan menarik minat orang hendak membuat pemeriksaan gigi,” katanya.

 

Good job Hafizh! 

 

 

Sumber:HM,IG Hafizh Syahrin