“Jaga mak, jangan lupa bagi mak makan ubat”

“Jaga emak, jangan lupa bagi mak makan ubat” itu ialah pesanan Abam kepada Ali yang tanpa disangka akan menjadi pesanan terakhir dari abangnya itu.

Menurut Ali, Abam menyampaikan pesanan terakhir itu di dalam group Whatsapp keluarga mereka pada minggu lepas.

Arw4h juga mengatakan kini tiba giliran Ali untuk menjaga ibu mereka.

Tambahnya lagi, arwah berpesan begitu kerana ibu mereka, Sabariah Arshad, 63 tahun masih tidak sihat dan terpaksa berkerusi roda.

Menurut Ali lagi, Abam juga ada mengadu kepada  ibunya yang jiwanya kosong dan tidak boleh  fikir apa-apa lagi.

Abam juga turut menasihati Ali agar berehat dan jangan terlalu kuat bekerja.

Tambah Ali lagi,memasuki hari keempat pemergian arw4h, kakak iparnya,Siti Nurhidayah masih lagi banyak mendiamkan diri.

Begitu juga dengan anak arw4h, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey yang tidak banyak meragam seakan mengerti apa yang berlaku.

“Cuma, dia sudah mula tercari-cari sebab setiap hari rumah sentiasa dipenuhi orang.”ujar Ali.

Mengenai hasil keputusan bedah siasat, Ali memaklumkan keputusan hanya akan diperolehi dalam masa tiga minggu lagi.

Semoga Ali dan keluarga tabah menghadapi kehil4ngan orang tersayang.

#Kitabaikorangsayang

 

 

 

Sumber:xtra