Kor0navirus mampu bertahan selama 9 hari pada besi pemegang pengangkutan awam

PARA saintis telah mendapati wabak k0ronavirus (COVID-19) mampu bertahan pada permukaan yang kerap disentuh sehingga sembilan hari.

Memetik laporan Mirror, permukaan yang mempunyai potensi jangkitan adalah tombol pintu, besi pemegang dalam kenderaan awam serta beberapa permukaan yang kerap disentuh di kawasan tumpuan ramai seperti hospital dan sebagainya.

“Saintis telah mendapati k0ronavirus boleh bertahan selama sembilan hari pada tombol pintu dan besi pemegang dalam kenderaan awam.

“Permukaan yang kerap disentuh di kawasan tumpuan ramai seperti di hospital juga mempunyai potensi jangkitan tinggi,” tulis sumber.

Menurut kajian terbaru di Jerman, k0ronavirus mampu bertahan empat kali lebih lama berbanding virus demam biasa pada sesuatu permukaan yang telah disentuh.

Namun begitu, virus boleh dihapuskan jika semua permukaan tersebut dilap dengan menggunakan produk pembasmi jangkitan.

Orang ramai  boleh mengambil langkah penc3gahan dengan sentiasa berjaga-jaga dan mengutamakan kebersihan tangan. Sumber : mirror.co.uk
 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!DTK

Sumber: Awani