Resipi roti bakar ala waffle

Penggemar waffle? Di kedai, terdapat banyak perisa waffle yang sedap seperti coklat, mentega kacang, strawberi, kaya dan banyak lagi.

Tapi,untuk menyediakan hidangan ini agak leceh kerana memerlukan acuan memasak khas. Justeru, setiap kali kita teringin untuk memakan waffle, kita perlu membelinya di kedai.

Sebenarnya kita masih boleh menghasilkan ‘waffle’ dengan ciptaan dan kreativiti sendiri. Bagaimana caranya? Gunakan roti sahaja!

Dalam artikel ini, kami akan menunjukkan cara untuk menyediakan roti bakar berperisa mentega kacang dan susu manis yang sangat mudah dan juga mempunyai keenakan setanding waffle yang ada di pasaran.

Malah, sajian ini juga boleh dinikmati pada waktu sarapan atau minum petang.

Bahan-bahan:

  • Roti putih
  • Mentega kacang
  • Susu pekat manis
  • Telur
  • Sedikit minyak untuk memasak

Cara membuatnya:

Pertama sekali, potong roti anda kepada empat bahagian. Jangan lupa untuk membuang kerak roti.

Sapukan satu bahagian roti dengan mentega kacang dan lapiskan dengan kepingan roti kosong.

Kemudian, sapukan satu lagi bahagian roti dengan susu dan lapiskan dengan roti lain.

Di dalam mangkuk lain, pukul sebiji telur untuk dijadikan sebagai bahan mencelup.

Ambil kepingan roti yang telah siap disapu dengan mentega kacang dan susu lalu celupkan di dalam telur.

Masukkan sedikit minyak dan masak roti anda sehingga warnanya bertukar perang keemasan.

Roti ala waffle kini siap untuk dijamu kepada ahli keluarga anda. Sedapnya!

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: erabaru