Dikhabarkan Emma Maembong bakal bergelar Mrs S Khamis ini

Tanpa sebarang desas-desus,tiba-tiba nama pelakon cantik, Emma Maembong disebut-sebut bakal melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihannya yang dikenali sebagai Mr S, pada hari Khamis ini bersamaan dengan tarikh 20022020.

Majlis pernikahan itu akan berlangsung secara tertutup membabitkan keluarga dan rakan terdekat kedua belah keluarga saja.

Dikatakan jejaka bertuah itu berusia 32 tahun dan bekerja sebagai juruterbang di syarikat penerbangan swasta tempatan.

Menurut sumber, perhubungan Emma dan bakal suami berlangsung dalam tempoh singkat sebelum mereka mengambil keputusan untuk berkahwin.

Butiran lanjut mengenai pernikahan juga tidak didedahkan bagi menghormati permintaan keluarga Emma.

Sebelum ini, Emma pernah menjalinkan hubungan dengan pelawak, Zizan Razak dan juga pelakon, Kamal Adli.

Malah, Emma juga dig0sip menjalin hubungan dengan abang kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman iaitu Syed Abdullah.

Jika khabar ini betul, kami ingin mengucapkan tahniah dan semoga perkahwinan kekal hingga ke Jannah.

 

 

 

 

Sumber:HM