Faizal Hussein. Nama yang tidak perlu dikenalkan lagi dalam dunia seni. Seorang pelakon yang cukup berbakat. Berilah apa saja watak, aksi atau komedi,pasti dapat yang paling dijayakannya.
Ibu bapanya juga merupakan orang seni yang disegani, iaitu Allahy4rham Hussein Abu Hassan dan Allahy4rhamah Mahyon Ismail.
Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa Faizal adalah sepupu kepada Datuk Rosyam Nor.
Faizal Hussein berkahwin dengan aktres Suhaila Sulaiman pada tahun 2004 dan dikurniakan sepasang cahaya mata Fazrick dan Fazryn.
Bagaimanapun Suhaila tidak lagi aktif dalam dunia lakonan kerana menumpukan sepenuh perhatian kepada rumahtangga.
Faizal pernah menerbitkan sebuah buku berjudul “Limelight” bagi berkongsi pahit maung yang terpaksa ditempuhi sepanjang bergelar anak seni.
Faizal Hussien memberitahu dia tidak berminat untuk bergelar pengarah kerana merasakan dirinya tidak mempunyai bakat dalam bidang tersebut.Faizal yang kini berusia 51 tahun berkata, dia ada mendapat banyak tawaran mengarah namun menolaknya kerana yakin hasilnya nanti tidak memuaskan.
“Tawaran mengarah banyak tapi saya memang tidak berminat dan tiada bakat sebagai pengarah jadi lebih baik berlakon sahaja.
“Kalau semua benda nak buat tetapi tiada satu pun yang anda mahir susah juga.Saya tahu saya tiada bakat dan tak pernah menyesal menolak pelbagai tawaran mengarah yang diberikan,” katanya.
Dalam pada itu, Faizal berkata, dia bersyukur kerana pada usianya sekarang tawaran berlakon masih banyak malah diberi kepercayaan memegang peranan hero dalam filem.
Kata Faizal, dia berasa beruntung kerana masih mendapat tempat di hati penonton walaupun ramai pendatang baharu yang menghiasi dunia lakonan ketika ini.
“Alhamdulillah saya masih diperlukan sebagai hero pada usia sekarang sudah memasuki 51 tahun.“Saya lebih puas berlakon dan berada di hadapan kamera. Kalau tengok kebanyakan pelakon Hollywood pun tak ramai yang jadi pengarah.
Berikut ialah beberapa foto eksklusif Faizal Hussein bersama keluarganya.
Sumber:kakitapau