Bunga Citra Lestari sudah tempah liang lahadnya sendiri

Tiada yang lebih mendvkacitakan apabila insan tersayang pergi sekelip mata dalam keadaan yang sihat walafiat. Tentunya pemergian pelakon Ashraf Sinclair pada pagi tadi memberi impak hebat kepada isterinya Bunga Citra Lestari.

Bagaikan tidak mahu berpisah dengan arw4h suaminya,menurut Detik.Hot, Bunga telah menempah dua liang lahad secara bersebelahan di tanah perkuburan San Diego Hilss di mana tempat bersemadi suaminya yang dicintai.

Perkara itu diberitahu Ketua Pegawai Eksekutif San Diego Hills, Suziani Japardy yang mendedahkan pelakon wanita itu mahu disem4dikan bersebelahan kubur suaminya selepas meningg4l dunia.

“Benar, BCL mahu berdampingan dengan suaminya. Itu sudah direncanakan oleh dia,” katanya.

Tambahnya, dua tempahan tersebut dibuat menerusi pengurusnya Doddy dengan harga Rp260 juta atau RM75,000.

“Beliau tak mahu single. Dia mahu berdampingan dengan suami. Pengurusnya yang menghubungi saya,” ujarnya.

Jen4zah Allahy4rham selamat  dikebumikan di kawasan yang eksklusif dikenali sebagai ‘semiprivat’ di tanah perkuburan tersebut.

“Kubur yang ditempah khudus untuk dua orang ini ada pembatas kiri dan kanan.

“Pihak BCL menghubungi kami pada pukul 7 pagi Selasa,” ujarnya.

 

 

 

Sumber:mstar