Komen PU Amin mengenai kemelut Ali Puteh- Datuk Aliff Syukri

Kecoh kini di media sosial apabila adik kepada arwh Abam Bocey iaitu Ali Puteh memuatnaik status di Instagram beliau dan ditujukan kepada Aliff Syukri.

Difahamkan Ali Puteh tidak bersetuju dengan tndakan Aliff Syukri yang mengambil kesempatan di atas pmergian abangnya, Abam Bocey demi meraih keuntungan untuk saluran Youtubenya.

” Demi Yotube kekayaaan yang kau kejar, tapi adab agama kau langgar..makk..angah akan cari die mak..”

” Aliff Syukri, aku cabar kau jumpa aku dan keluarga. Dasar orang kaya yang mengambil kesempatan!”, tulis Ali

Itu kata-kata menerusi entri yang dimuatnaik oleh pelawak Ali Puteh di Instagram nya yang ternyata tidak berpuashati dengan jutawan kosmetik tersebut.

Tidak jelas apa sebenarnya yang berlaku, namun difahamkan ia ada kena mengena dengan soalan Aliff Syukri yang tidak sensitif ketika menemubual isteri arwh Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd Ali.

Melalui komen netizen difahamkan  Aliff Syukri telah bertanyakan soalan yang tidak masuk akal yang melibatkan harta pusaka dan sebagainya kepada Hidayah.

” Dia tanya soalan macam-macam kt isteri arwh Abam, pasal harta, pasal kereta semua. Sibuk je tanya” tulis Hanif.

Sejurus perkongsian Ali Puteh yang mencabar Aliff Syukri berjumpa, Pencetus Ummah (PU) Amin telah menulis komen di ruangan status terbaru di tulis Ali.

” Moga terus kuat Aliputeh89 . Kiri kanan depan belakang orang ambil kesempatan . Sabar Ali . Ada jalan nya . Bukan senang nak tempuh dugaan ini . Tapi bawa camera dan promosi youtube , tanya soalan peribadi bagai itu memang tak berakhlak .

” Alif Syukri kena minta maaf lah . Netizen bagi ruang keluarga ali selesaikan semua hal hal yang berkait . Inshaallah , jangan gangu privasi mereka . Bagi mereka ruang . Semunya akan jadi baik..” tulis PU Amin.

 

Semoga ada jalan penyelesaian bagi kedua-dua pihak. 

 

 

 

 

Sumber : IG Ali Puteh via M.U