Giliran Syamel Dijemput ke Tanah Suci

Penyanyi kelahiran Akademi Fantasia, Syamel telah selamat berangkat ke tanah suci, Makkah.

Menerusi perkongsian di entri terbaru akaun Instagram (IG), Syamel mengambil kesempatan memohon maaf kepada semua dan meminta peminatnya supaya mendoakan agar segala urusan dipermudahkan.

“Bangmel dan keluarga akan berangkat ke Madinah seterusnya ke Kota Mekah untuk menunaikan Umrah.

“Di sini, Bangmel ingin mengambil kesempatan memohon maaf kepada kalian yang sedang membaca sekiranya ada kesilapan yang kecil mahupun yang besar.

“Kalau tak keberatan doakan Bangmel dan keluarga supaya dipermudahkan perjalanan pergi dan pulang ya.

“Bangmel akan doakan semoga kalian berkesempatan untuk menjejakkan kaki ke kota suci satu hari nanti. Amin,” tulisnya.

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rakan-rakan artis juga turut mendoakan agar segala urusan dipermudahkan.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: gempak