Ini sebabnya Ali Puteh ‘terlepas’ perkataan Bi****** kepada kakak ipar

Selepas teruk dikec4m netizen,adik kepada Allahy4rham Abam,iaitu Ali Puteh tampil menjelaskan keadaan.

Dia yang ditemubual akaun instagram @officialriax meminta semua pihak agar tidak  mendengar cerita daripada sebelah pihak ,terutama berkaitan isu  kakak iparnya yang telah diani4ya keluarga Ali selepas kem4tian Abam Bocey. 

Berikut antara penjelasan Ali :

Ali perjelas keluar perkataan ‘binat4ng’ pada kakak ipar 

Menerusi temubual tersebut, Ali telah memperjelaskan hal sebenar yang membuatkan dia mar4h sampai mengeluarkan perkataan berbaur emosi kas4r di Instagram terhadap Hidayah.

“Yang membangkitkan kemar4han saya adalah, sampai saya dih1na. Kalau nak pergi berikan sumbangan, silakan. Tapi, bila balu arwh bercerita perkara yang tidak sepatutnya, itu menimbulkan fitn4h sehingga ada yang menganggap saya dan keluarga ingin memboIot harta arwh.

“Jangan dengar daripada sebelah pihak untuk elak fitn4h berlaku. Ketika video temubual itu tular, saya sendiri pun tak tahu. Jadi, bila saya periksa, kami sekeluarga mendapat cemvhan.

“Itu sebabnya saya keluarkan perkataan (kas4r) sebegitu. Kalau orang luar tahu perkara sebenar yang berlaku, mesti mereka akan lebih mar4h daripada saya,” katanya.

Isu telefon bimbit kononnya ‘diambil’ 

Dalam temubual yang berdurasi hampir 30 minit tu, Ali juga memperjelaskan satu persatu perkara yang disebut Hidayah ketika dalam rakaman live bersama Datuk Aliff. Isu pertama ialah berkaitan telefon bimbit yang katanya telah ‘diambil’ keluarga Ali. 

“Sejak hari kedua selepas arwh meninggaI dunia, saya dah berbincang dengan isterinya untuk saya menguruskan hal-hal penting dan yang paling utama adalah mengenai hutang.

“Untuk isu telefon bimbit, saya yang menguruskan abang saya sebelum saya menjadi seperti sekarang. Tujuan saya meminta telefon bimbit itu adalah kerana saya tahu banyak perkara berkaitan kerjanya ada di situ. 

“Di situ juga saya dapat periksa kalau-kalau arwh ada sebarang hutang yang perlu dilangsaikan. Saya dan keluarga tak perlukan pun telefon itu kerana masing-masing, arwh dah belikan telefon bimbit,” kata Ali.

Isu dompet Abam diambil Ali 

Malah dompet yang katanya milik Abam dan telah diambil Ali juga diperjelaskan dalam sesi temubual tersebut. Menurut Ali, tujuan dia mengambil dompet itu adalah untuk mendapatkan maklumat kad ahli Seniman. 

“Bila dicerita bahawa kami mengambil dompet milik Abam daripadanya, ia umpama satu benda besar. Sebenarnya, saya terima panggilan daripada seorang sahabat yang inginkan maklumat mengenai nombor keahlian Persatuan Seniman yang dianggotainya untuk menguruskan khairat kem4tian.

“Bila saya terima dompet itu, yang ada cuma kad-kad biasa, tanpa wang dan juga kad-kad bank. Jadi, bila saya tanya kepadanya, dia cakap tak ada duit dan arwh tak ada tinggalkan apa-apa.

“Mustahil kerana saya bersama arwh selama 31 tahun dan saya tahu abang saya memang sentiasa akan ada duit bersamanya. Saya pesan kepadanya, kalau termakan duit itu, itu kesilapan kerana belum faraid apa-apa.

“Dia juga pegang kad bank arwh. Saya tanya kenapa dia buat begitu sedangkan kita dah berbincang untuk saya uruskan semuanya. Kalau dia takut saya ambil duit dari akaun arwh, tak ada gunanya sebab kalau seseorang sudah meninggaI, akaunnya akan disekat. Saya cuma nak kumpul semuanya untuk tujuan faraid,” jelasnya.

Isu kereta yang kononnya ditarik 

Tak cukup dengan itu, Ali juga menjelaskan isu berkaitan kereta Vellfire dan Myvi milik Abam yang katanya telah diambil daripada Hidayah.

“Arwh ada dua kereta iaitu Toyota Vellfire dan Perodua Myvi. Vellfire itu saya dan arwh yang susun dan beli. Bila dia meninggaI dunia, itu adalah hutang. Saya dah terangkan kepada isterinya mengenai amaun bayaran bulanan dan sekiranya dia mampu, dia boleh menyambung bayar.

“Saya pun dah ada banyak kereta. Buat apa saya nak ambil kereta itu? Satu lagi kereta adalah Myvi yang disambung bayar oleh arwh daripada pakcik kami. Sebelum arwh meninggaI, dia ada meminta pakcik saya untuk kirakan berapa jumlah baki hutang.

“Dia juga meminta supaya bila dah selesai bayar, dia nak tukarkan nama pemilikan Myvi itu kepada isterinya. Benda itu pun saya dah terangkan kepada isterinya. Tapi, sementara itu saya yang bertanggungjawab menyusun semuanya supaya lebih mudah urusan selepas ini,” katanya

Isu Hidayah terpaksa guna Grab bawa anak ke klinik

Selain itu, dalam rakaman live Hidayah bersama Aliff Syukri, dia juga ada meluahkan kekecewaan selepas terpaksa membawa anaknya menaiki Grab untuk ke klinik. Ini penjelasan daripada pihak Ali pula.

“Hari keempat, dia bersama kedua ibu bapanya masih berada di rumah arwh bersama ibu saya. Saya pun berada di situ untuk menjaga ibu saya. Mustahil ada isu untuk membawa anak ke klinik kerana ibu saya yang memintanya membawa anak ke klinik kerana demam.

“Jadi, pemandu arwh membawa ibu saya dan anak arwh ke klinik dengan menaiki Myvi. Dari mana datangnya cerita dia terpaksa membawa anak ke klinik menaiki Grab? Mustahil saya tak izinkan dia bawa kereta,” katanya.

Isu Hidayah dikatakan dihaIau keluar sehelai sepinggang 

Malah tambah Ali lagi, dia tak pernah menghaIau kakak iparnya keluar dari rumah sehelai sepinggang.

“Dia sendiri yang nak keluar dari rumah. Kalau mengikut hukum, tempoh edah adalah selama empat bulan 10 hari. Tapi, pada hari keenam, dia ambil keputusan untuk keluar bersama keluarganya.

“Saya beritahu dia bahawa esok adalah hari ketujuh arwh meninggaI dunia dan nak diadakan majlis tahli. Saya tak tahu, mana isi hati dan keperibadian dia sebagai balu. Dia tetap nak balik pada petang Sabtu itu juga.

“Untuk isu sehelai sepinggang pula, itu mustahil kerana biliknya tak ada barang termasuklah wang-wang tabungan serta koleksi jam tangan mahal milik arwh. Semuanya dibawa bersama,” katanya.

 

Semoga dengan penjelasan dari Ali ini serba sedikit akan dapat membersihkan nama beliau dan keluarganya. 

Diharapkan juga isu ini dapat diselesaikan didengan cara yang baik supaya tiada lagi sengketa antara keluarga Abam dan isteri pelawak tersebut. 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DBongkar

 

 

 

Sumber : dbongkar