Beli aset ke 10, netizen minta tips kumpul harta dari Mila

Berkat usaha dan rezeki yang tidak putus dalam perniagaan, penyanyi Mila Jirin berkongsi rasa gembiranya memiliki aset ke-10 di Johor Bahru.

Mila turut meluahkan rasa syukurnya berkongsi sama foto di hadapan banglo mewahnya itu bersama suami, A.Ailis Mustapha.

Alhamdulillah dah ada rumah di Johor Bahru. Aset kami yang ke-10 di JB insya-Allah.

“Lepas ni 4 hari Puchong, 3 hari di JB lah ye encik suami. Tak pun kita main osom-osom yer.

“Lepas ni nak ke pejabat di JB boleh naik basikal saja,” tulis Mila di Instagram.

Dek kerana itu,ramai netizen yang menjadikan Mila sebagai sumber inspirasi untuk berjaya dalam bidang perniagaan.

Mila merupakan juara Akademi Fantasia musim ke 5 dan mula melibatkan diri dalam bisnes setelah mendirikan rumahtangga dengan pengurusnya sendiri.

Selain dari restoran Embun Urai, Mila juga pemilik Bizmilla Catering yang menyediakan servis katering serta pakej perkahwinan. 

Semoga terus maju Mila! 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: gempak