Wow! Aura anak dara Shah Rukh Khan ,18 tahun dah jadi cover majalah VOGUE

Siapapun tidak akan menyangkal gadis manis bernama Suhana Khan ini mewarisi kecantikan dan bakat kedua-dua ibu bapanya.

Kuatnya aura Suhana, setiap kali kelibatnya muncul di khalayak pasti ada ‘mata-mata’ yang memerhati.

Masakan tidak, dia merupakan satu-satunya anak perempuan kepada Raja Bollywood, Shah Rukh Khan.

 

Walaupun belum bergelar anak seni,tetapi pancaran dunia glamor sudah mula menyinari kehidupannya.

Ketika berusia 18tahun,  Suhana telah dipilih menghiasi kulit depan majalah terkemuka India iaitu Vogue India edisi Ogos 2018.

Bagi anak gadis yang muda sepertinya dan tidak pernah terlibat dengan sebarang filem mahupun drama, ia tentunya satu penghormatan besar.

Diramalkan Suhana bakal menjadi pelapis kepada bintang terkenal seperti Aishwarya Rai untuk menggegarkan industri perfileman Bollywood.

Suhana juga sudah mula menjadi buruan penerbit filem tersohor dan syarikat produksi. 

Khabarnya, rakan karib Shah Rukh Khan yang juga penerbit filem Kahan Johar antara yang sedang mengintai bakat Suhana selain beberapa penerbit filem lain termasuk Sanjay Leela Bhansali dan Sujoy Ghosh.

Nampaknya, kalau Suhana berhasrat untuk menceburi bidang seni kelak tempatnya sudah pun tersedia!

Selain Suhana, perkahwinan hampir tiga dekad Shah Rukh Khan dan Gauri turut dikurniakan dua lagi cahaya mata lelaki iaitu Aryan Khan dan AbRam Khan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: nOna