Esma Daniel atasi kemvrungan dengan aktiviti kecergasan

Pelakon, Esma Daniel mendedahkan yang dia pernah berdepan dengan masalah kemurvngan apabila perkahwinan keduanya musnah, tiga tahun lalu.

Esma, 51, berkata tidak mudah untuk bangkit mengumpul semula kekuatan, tambahan pula, dia turut diuji apabila ayah kesayangan meningg4l dunia.

“Mental dan emosi saya jadi tidak menentu hingga ia memberi kesan kepada perjalanan kerjaya. Hala tuju masa depan saya kabur. Semua yang saya buat jadi serba tidak kena.

“Banyak tawaran berlakon terpaksa saya lepaskan. Ada juga yang saya terima, tetapi saya tidak boleh fokus dengan kerja. Setahun saya begitu,” katanya.

Pengarah filem Zaiton: Ceritaku itu berkata, kekuatan semangat anaknya menyedarkan dirinya supaya kembali bangkit dan tidak terus tewas dengan perasaan.

Esma berkata, anak sulungnya yang menjadi jurulatih kecergasan, selain terbabit dengan seni bela diri campuran (MMA) banyak mendorongnya supaya kembali memberi perhatian kepada penjagaan kesihatan fizikal dan mental.

“Dia mengajak saya ke pusat kecergasan. Pada mulanya, saya ke sana sekadar untuk melepaskan tekanan, namun lama-kelamaan, saya mula jatuh cinta dengan aktiviti kecergasan.

“Saya tidak lagi kemurvngan, malah semakin positif meneruskan hidup. Tidak sangka pula, beberapa foto saya bersenam yang dimuat naik di Instagram mendapat perhatian ramai.

“Saya terharu apabila beberapa pengikut menggalakkan bapa mereka supaya mengamalkan gaya hidup sihat. Bagi mereka, jika saya boleh, orang lain juga mampu melakukannya.

“Alhamdulillah, usaha saya itu turut memberi inspirasi kepada orang lain. Saya menjaga badan bukan semata-mata untuk kelihatan segak, sebaliknya lebih kepada menitikberatkan kesihatan,” katanya.

Hampir 30 tahun dalam industri hiburan, Esma berkata, dia masih menerima tawaran dan terbaru, membintangi dua filem iaitu Danum dan sebuah produksi ketenteraan yang masih dirahsiakan judulnya.

Menerusi perkahwinan pertamanya bersama pelakon Sherie Merlis, Esma dikurniakan dua orang cahaya mata, manakala bersama Nitra Sari Omar, mereka mendapat enam orang anak.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber:BH