Sariyanti umum hamil enam bulan

Diam tak diam rupa-rupanya sudah tiga tahun pelakon comel Sariyanti mendirikan rumahtangga bersama pelawak terkenal,Jep Sepahtu.

Dan bersempena dengan anniversarynya yang ketiga, Sariyanti menitipkan sesuatu buat Jep di laman Instagramnya sebentar tadi..

Alahai..sweetnya ayat Sariyanti kepada suami kesayangannya ni.

Namun apa yang lebih menarik perhatian ialah di post yang sama juga Sariyanti mengumumkan yang dia kini sedang ham!l 6 bulan.

Amboi, pandai betul simpan rahsia ya. 

Ini merupakan kehmilan Sariyanti yang ke enam selepas mengalami 2kali keguguran sebelum ini kerana hamiil di luar rahim.

Dan tentunya pengumuman mengejut Sariyanti ini mendapat pelbagai respon dari pengikutnya.

Pasangan yang bernikah pada 25 Februari 2017 ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Dariya Inara serta dua cahaya mata lelaki dari perkahwinan Sariyanti terdahulu.

 

Tahniah Sariyanti dan Jep! 

 

 

 

 

 

 

Sumber:IG Sariyanti