Selepas tiggalkan TV3, ini sisi baru bekas pengacara dan penyampai berita, Saiful Nizam Ismail

Pernah bergelar pembaca berita, wartawan penyiaran serta pengacara program bual bicara Malaysia Hari Ini,
Saiful Nizam Ismail, 38, mengakui rindu dengan kerjaya dalam bidang penyiaran.

Saiful kini tidak menang tangan memenuhi undangan untuk mengendalikan pelbagai majlis besar.

“Sejujurnya, selepas lebih dua tahun berehat dari dunia penyiaran, saya rindu suasana turun padang bekerja sebagai wartawan serta kesibvkan ketika berada di lokasi.

“Saya tak pernah rasakan saya berhenti, tetapi saya lebih selesa mengatakan saya hanya mengambil sedikit waktu untuk berehat.

“Saya menc4bar diri sendiri keluar daripada zon selesa dan mencuba perkara baru sebelum kembali dengan per1sai yang lebih kuat.

“Biarpun tidak muncul di kaca televisyen, saya bersyukur rezeki dalam bidang pengacaraan masih banyak, terutamanya untuk mengendalikan acara-acara penting.

“Selepas berehat, saya menjalankan khidmat dalam bidang perunding pelaburan AIA dan saya mendapat respon yang sangat positif.

“Kini, saya menyahut cabaran baru dan mula berjinak melibatkan diri dalam produksi dokumentari pula,” terang Saiful lagi.

Nama Saiful mula diperkatakan semula selepas dia muncul mengendalikan majlis akad nikah pelakon popular, Mira Filzah.

“Selepas selesai mengacara majlis terbabit, saya terkejvt kerana laman s0sial saya dihujani dengan pelbagai notifikasi yang memberi respon mengenai kemunculan saya.

 

“Syukur kerana kebanyakan komen yang ditinggalkan oleh orang ramai adalah positif dan memuji lenggok, lantunan suara serta kebolehan saya menyusun perkataan.

“Saya sangat bersyukur dan berterima kasih serta menyifatkan ia sebagai satu dorongan untuk meningkatkan kualiti kerja,” katanya lagi.

 

 

 

 

 

Sumber:Gempak