Nyawa Sajjad melayang gara-gara TikTok

Sedih. Itulah yang boleh digambarkan bagaimana kegembiraan tiga rakan berkelah akhirnya bertukar trag3di meragvt nyawa ketiga-tiganya.

Dilaporkan tiga remaja lelaki tersebut lemas ketika membuat rakaman video TikTok di sebuah kolam di Karachi, Ahad lalu.

Mangsa dikenal pasti sebagai Shazad,23, Sajjad, 25 dan Zabeer,18.

Gulfnews melaporkan seorang daripada mereka tergelincir dan jatuh ke dalam kolam menyebabkan rakan yang lain terjun untuk menyelamatkan m4ngsa.

Menerusi laporan media Pakistan, sejurus kemudian pasukan penyelamat tiba dan menemui ketiga-tiganya mereka lemas dan dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut.

Ini bukan tragedi pertama membabitkan TikTok di negara itu.

Sebelum ini pernah terjadi pada 17 September lalu, seorang remaja dit4han pihak berkuasa selepas dilaggar kereta api ketika merakam video menggunakan TikTok di Abbottabad.

Sementara itu, 30 Julai lalu, seorang remaja berusia 20 tahun jatuh dari tingkat empat sebuah bangunan ketika asyik merakam video menggunakan aplikasi berkenaan di Lahore.

Justeru, pengguna TikTok, rakam video biar berpada sayangi diri anda. Hati-hati dalam segala keadaan.

 

 

 

Sumber:SH plus