Penerangan Ustaz Syekh Ali Jaber tentang cara bersedekah pada waktu Subuh

Subuh? Kenapa sedekah waktu  subuh tu baik? Jangan salah faham, bukan bermakna tidak boleh bersedekah pada waktu lain. Semua sedekah boleh, di setiap waktu dan di setiap saat. Setiap hari, sama ada hari Jumaat atau bukan hari Jumaat.

Tetapi sedekah subuh itu termasuk dalam sedekah terbaik. Kenapa? Kerana  setiap subuh Allah turunkan Malaikat mendoakan orang yang bersedekah subuh.

 

Dari Abu Hurairah, Nabi Muhammad SAW bersabda

“Ya Allah, gantikan yang lebih baik bagi orang-orang yang infaq di subuh hari”

Sedangkan satu lagi riwayat Bukhary

“Ya Allah, berikan kerosakkan bagi orang yang menahan hartanya”

Bagaimana kita mahu bersedekah pada waktu Subuh? Ini caranya

1.Sediakan satu tabung dirumah.

2.Setiap habis solat subuh, isikan sedekah di dalam tabung dan berdoalah.

3.Niatlah di dalam hati dengan terperinci untuk dunia dan akhirat.

“Ya Allah, dgn berkah sedekah ini mudahkan lah pekerjaan saya”
“Ya Allah, dgn sedekah ini aku mohon sampaikan pahalanya utk kedua orang tua ku”
“Ya Allah, dgn berkah sedekah ini tenangkan hati dan jiwa aku supaya tidak emosi lagi”,

contoh2nya..

  • Waktu mustajab selepas solat subuh dan sebelum waktu syuruk. Maka segerakanlah, jangan terlepas waktu syuruk itu.

4. Jadikan ia sebagai perkara rutin  sehingga 30 – 40 hari.

5. Sesudah sampai masanya, agihkan sedekah2 itu kepada anak yatim/surau masjid atau mana mana yang memerlukan.

  • Yang solat subuhnya di surau atau Masjid sedekahnya masukkan di tabung surau atau masjid.
  • Biasakan sedekah subuh walau cuma RM1, walau di lakukan secara istiqomah disitu dapat doa malaikat, doa malaikat mustajab di sisi Allah.

Dari perkongsian Ustaz Syekh Ali Jaber.

Wallahualam.
Wassalam.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: majalahilmu