Walau dah keluar duit sendiri hasilkan PPE, Atu Zero tetap jadi magsa f1tnah!

ISTERI pelawak Atu Zero iaitu Shafeeqa Johari meluahkan rasa k3salnya apabila niat dia dan suami nya memberi bantuan dengan mengedarkan peralatan perlindungan diri (PPE) kepada petugas barisan hadapan disalah tafsir oleh segelintir pihak.

Shafeeqa, 28, berkata, mereka melakukan perkara tersebut secara sukarela dan tidak mengaut sebarang keuntungan.

Malah, Atu atau nama sebenar Sharif Kunal Doli Sharif, 28, turut mengeluarkan wang simpanan peribadinya bagi menghasilkan sebanyak mungkin PPE.

“Ada yang libatkan dengan p0litik dan ada yang cakap kami jual, tolonglah! Kita ni seolah-olah sedang berp3erang, jadi jangan sebarkan f1tnah.

“Kami tolong sukarela, sikit pun tidak ambil keuntungan. Syukur dengan rezeki suami dapat dan dia keluarkan simpanan dia nak bantu saya,” ujarnya.

Shafeeqa turut meminta mana-mana pihak yang tidak berpuas hati untuk membuat pem3riksaan di beberapa hospital dan pusat kesihatan yang menerima bantuan daripada mereka.

Dia juga berharap orang ramai turut memberi bantuan dalam menangani penvlaran virvs Covid-19 di negara ini.

“Mari kita saling membantu, bukan tuding jari sesama insan.

“Dari k0men yang tak baik, baik anda pergi ambil wuduk, doa supaya habis Covid-19 ni” ujarnya.

Pada Isnin lalu, Atu dan isterinya mengambil inisiatif mengedarkan PPE di beberapa hospital di Sabah.

Selain menggunakan duit poket sendiri untuk menghasilkan PPE, pasangan itu turut  mengumpul PPE daripada sukarelawan seluruh Malaysia untuk di hantar ke Sabah berikutan peningkatan k3s secara mendadak di negeri itu.

Ia termasuk sarung kepala, baju, sarung tangan, dan keseluruhan set lengkap yang harus dipakai petugas kesihatan.

Sabarlah Shafiqa, zaman sekarang kalau kita buat kebaikan memang selalu dapat kec4man. Ops! 

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: mstar