Lost World of Tambun ditutup

Taman tema Lost World of Tambun dan juga Lost World Hotel ditutup sementara waktu untuk langkah keselamatan selepas seorang daripada pengunjungnya disya-ki dijagkiti virvs C0VID-19.

Pihak pengurusan Sunway Lost World of Tambun dalam satu kenyataannya berkata, ia akan ditutup sementara selama 14 hari itu dibuat atas nasihat secara lisan daripada pihak Kementerian Kesi-hatan Malaysia (KKM).

“Susulan itu, pihak kami akan menutup selama 14 hari taman tema dan hotel ini bermula 13 hingga 26 Oktober bagi kerja pembersihan yang mendalam di sekitar taman tema serta hotel untuk melindungi pengunjung dan orang ramai.

“Kami ingin memastikan kesel4matan dan kesi-hatan pengunjung serta semua kakitangan menjadi keutamaan dan terus berusaha memberikan maklumat yang tepat kepada semua,” katanya lagi.

KKM juga telah melakukan pengesanan kontak kepada semua kontak rapat yang berpotensi.

“Kami berharap orang ramai bertenang dan pihak kami terus komited memberi kerjasama dengan pihak berkuasa kerajaan yang berkenaan serta KKM,” katanya.

Sumber:BH