
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Saiful Azly Kamaruddin dalam satu kenyataan memberitahu seramai 19 anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras disahkan positif COVID-19.
Tanpa mendedahkan butiran lanjut, beliau berkata terdapat sebahagian daripada anggota IPD Cheras yang masih menunggu keputusan secara berperingkat, daripada Pegawai Kes_ihatan Daerah.
“Walaupun mereka (19 anggota positif COVID-19), operasi balai dan IPD Cheras tetap berjalan seperti biasa dengan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP), yang ditetapkan kerajaan dalam usaha mengekang penvlaran COVID-19,” katanya.
Dalam perkembangan berasingan, Saiful Azly berkata, sebanyak 29 seka-tan jalan raya dilakukan di sekitar ibu negara dan Putrajaya, susulan penguatkuasaan Perintah Kaw4lan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula hari ini sehingga 27 Oktober.
Sumber:BH