Sebelum Neelofa, mereka dulu telah memulakannya..

Penampilan baru Neelofa berniqab benar-benar menge-jutkan ramai pihak. Apa tidaknya, sebagai duta Lancome Asia Tenggara, tindakan Neelofa itu boleh dianggap agak dr4stik dan berani.

Sebenarnya sebelum Neelofa, terdapat beberapa orang selebriti sebenarnya yang telah mengenakan niqab.

Berikut ialah antara mereka:

1) Fynn Jamal


Penyanyi yang popular dengan lagu Arjuna Beta ini mula bertudung selepas beberapa tahun bernikah dengan Tri Hadzir.

Awal perkahwinan Fynn mengakui kedua-dua mereka masih ‘hanyut’ sehinggalah perasaan ingin berubah itu datang sedikit demi sedikit. Dan akhirnya kini Fynn telah sepenuhnya mengenakan niqab.

 

2) Ardell Aryana


Pemilik nama sebenar Nurul Hidayah Mohd Amin ini mula berhijab pada tahun 2017 setelah beberapa tahun berkecimpung dalam dunia lakonan dan pengacaraan.

Ardell mula tampil dengan imej berniqab sekitar tahun 2018.

 

3) Natasha Hudson

Berketurunan Melayu-Inggeris, Natasha Hudson sebelum ini terkenal sebagai seorang model dan pelakon.

Selepas mengenakan hijab, Natasha  tidak lagi aktif dalam bidang lakonan dan peragaan.

Dia kemudian memvtuskan untuk berniqab pada tahun 2016. 

 

4) Waheeda

Di awal kemunculannya dalam bidang seni, Waheeda sememangnya sudahpun berhijab. 

Aktif dalam nyanyian dan juga lakonan, Waheeda pernah mencetuskan k0ntroversi apabila dia memilih untuk bernikah dengan penyanyi dan penceramah bebas, Ustaz Akhil Hayy yang ketika itu sudahpun berkeluarga.

Selepas bernikah,Waheeda terus berundur dari  bidang seni dan kemudiannya berniqab.

Bagaimanapun, pada tahun lalu, Natasha dan Ardell Aryana dilihat tidak lagi berniqab.

Namun ramai umat Islam keliru apakah pemakaian niqab ini sesuatu yang diwajibkan? 

Menurut Mazhab Syafie, muka bukanlah sebahagian dari aurat Muslimah. 

Maka pemakaian niqab tidaklah diwajibkan.

Dalam menjalani rutin harian, sebenarnya apabila berniqab ada keadaan tertentu wanita perlu membuka niqabnya.

Oleh itu, secara umumnya tidak timbul isu ‘istiqamah atau tidak’ dalam memakai niqab kerana perma-salahan mengenai sesuatu hukum boleh berubah mengikut keadaan kepada wajib, sunat, harus, makruh dan ha-ram.

Sebagai contoh, seorang muslimah boleh berubah menjadi wajib memakai niqab sekiranya memiliki rupa paras yang menarik perhatian lelaki dan boleh jadi situasi yang lain seorang wanita hanya sunat memakai niqab untuk mengikuti sunnah para isteri Rasulullah.

Kesimpulannya, memakai niqab bukan sekadar menghijab wajah dari pandangan lelaki tetapi niqab juga adalah sebagai benteng untuk menjauhkan diri dari mak-siat.

Apabila menutup mulut ia adalah satu nasihat kepada diri sendiri untuk menghindari mengumpat, mencela dan menggunakan perkataan yang tidak sopan.

Seorang muslimat lainnya menjadikan niqab sebagai satu motivasi untuk sentiasa menjaga solat, tidak melewat-lewatkan solat lantaran imej muslimah yang dibawanya telah merubah peribadinya ke arah yang lebih baik. 

Insya Allah.

 

 

 

 

 

 

Sumber:Kashoorga