Michael Ang ‘pecah lubang’ hal Kamal Adli-Uqasha

Pasangan pelakon serasi yang digosip bercinta, Kamal Adli dan Uqasha Senrose dikatakan sudahpin menghadiri kursus perkahwinan di Kuantan, baru-baru ini.

Pengarah dan pelakon, Michael Ang dalam empat video yang dimuat naik di Instagram, hari ini bertanyakan soalan itu kepada pasangan itu ketika mereka di lokasi penggambaran drama Perempuan Tanpa Dosa.

Dalam video berkenaan, Michael mendak-wa dia ada mendengar Kamal dan Uqasha mengikuti kursus perkahwinan di Kuantan dan meminta mereka mengakuinya.

“Janganlah sembunyi kalau pergi kursus kahwin. Dekat mana Perlis? Kuantan? Siap dengan imam semua aku dengar,” katanya dalam video itu.

Bagaimanapun, Kamal dan Uqasha yang duduk bersebelahan di atas sofa dalam video itu tidak memberi sebarang reaksi.

Sebaliknya Uqasha hanya tersenyum sambil memandang Kamal, manakala Kamal pula hanya me1mandang Michael sambil bermain telefon.

Menurut Michael, dia jarang mahu membuat g1mik seperti itu di media s0sial miliknya.

“Anda rasa ini gimik atau kisah benar. Anda rasa mana satu? Apa yang pasti anda kenal saya kan? Jarang saya buat gimik macam ini,” tulisnya.

Video itu menerima pelbagai maklum balas pengikut sehingga meraih lebih 100 komen dan lebih 11,000 tanda suka.

Perkongsian Michael itu turut mendapat perhatian beberapa selebriti tanah air seperti Sharifah Shahora dan Uyaina Arshad.

“Nampak sangat Uqasha gadis yang pemalu sangat di situ,” komen Sharifah.

Uyaina pula hanya meninggalkan komen Alhamdulillah berserta emoji doa dan teruja.

Kamal dan Uqasha dikatakan mula akrab sejak membintangi drama Setelah Terlafaznya Akad arahan Michael Ang, tahun lalu.

Bukan hanya itu, Uqasha juga dilihat beberapa kali menemani Kamal menghadiri acara membabitkan ahli keluarga. Pada majlis sambutan hari jadi Uqasha yang ke-28 lalu, Kamal menjadi antara tetamu yang memeriahkan majlis.

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:HM