Ammar Alfian padam gambar tayang badan sebab Neelofa

Kuat betul pengaruh Neelofa ni ye. Selepas Yatt Hamzah, ternyata imej baru Neelofa mendorong seorang lagi rakan artis untuk berubah.

Artis yang dimaksudkan ialah pelakon Ammar Alfian. Menurut Ammar, penghijrahan Neelofa menjadi inspirasi untuknya untuk mendekatkan diri dengan Allah.

Lantaran itu ,Ammar telah memadamkan semua gambar dan videonya yang menunjukkan tubuh badan di Instagram.

Ulas Ammar,

“Melihatnya memilih perubahan besar ini sangat mengagumkan. Dia tidak kisah hilang kerjasama dengan syarikat besar antarabangsa. Yang dia kisah hanya pasal Islam dan Allah. Harta dunia hanya sementara.

“Dia menjadi inspirasi saya untuk tidak lagi mendedahkan kulit dan lebih dekat dengan Allah. Oleh itu, saya telah memadamkan semua gambar dan video saya yang menunjukkan tubuh saya di Instagram.

“Insya-Allah. #atryingmuslim,” demikian ujar Ammar.

Jelas Ammar, dia memuji keikhlasan Neelofa berniqab yang mampu merisikokan kerjayanya termasuk komitmen dengan jenama-jenama antarabangsa. Justeru, penghijrahan Neelofa mendorong Ammar untuk memadamkan semua gambarnya yang tidak berbaju.

Alhamdulillah. Semoga jadi ikutan buat rakan-rakan yang lain.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:myartis