Peminat pertikai Ajak Shiro balik kampung rentas negeri ketika PKPB

Tak pasal-pasal! Pelawak dan penyampai radio, Ajak Shiro b3ngang apabila ada peminat mempertikaikan keberadaannya di kampung halamannya ketika perintah Kawal-an Pergerakan Bersyarat (PKPB) sedang diwartakan di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya.

Dalam satu muatnaik di laman Instagramnya, Ajak dilihat pulang ke kampung halaman di Johor dan memuat naik sebuah video panjang ketika dia sedang melawat tapak pembinaan rumah baharu ayahnya.

Namun ada yang bertindak meninggalkan komen dengan bertanya bagaimana dia boleh pulang ke kampung dan merentas negeri ketika ini.

 

Bagaimanapun persoalan itu terjawab apabila ada beberapa peminat menjelaskan penyampai radio Suria FM itu tinggal di Nilai, Negeri Sembilan bukannya di Kuala Lumpur.

Oleh kerana tempat tinggal Ajak tidak diwartakan PKPB dan keadaan itu membolehkan dia bergerak seperti biasa ke mana-mana negeri atau lokasi yang tidak dikenakan perintah berkenaan.

 

 

 

 

 

 

Sumber:Kosmo