Selesa beri tumpuan pada keluarga, As imbas detik kegemilangan bersama Feminin

Menyebut nama Feminin, peminat muzik tentu akan teringat aksi lincah lima gadis cantik – Asfarina Muhamad (As), Andriati Abdul Rahman (Yatie), Rozilawati Muhamad (Watie), Nor Intan Zahanariah Abdul Zahrin (Deq Nor) dan Nor Askiela Zainal Abidin (Along) yang begitu popular di era 90-an.

Lagu yang menaikkan nama mereka, Untukmu, ciptaan KRU diakui malar segar dan tidak jemu dinikmati sehingga kini.

Kumpulan Feminin diasaskan oleh Edd Razhe pernah menghasilkan album berjudul Untukmu pada 1993, Kini (1994), Kembali (1996) dan kompilasi Untukmu…Kini (1997), sebelum dibvbarkan kerana perihal peribadi anggota masing-masing.

Masa berlalu dan As,yang sering menjadi tumpuan berbanding anggota lain, terus bahagia melayari kehidupan bersama keluarganya dan bebas dari lensa glamor.

As mendirikan rumahtangga dengan bekas bintang bola sepak terkenal, Azman Adnan pada tahun 2004 dan dikurniakan empat orang anak iaitu Arif Arafat, Arina Ardini, Ariq Ariri, dan Ariz Armada.

Jika pembaca masih ingat, As dan Azman pernah tampil berdua menerusi program Sehati Berdansa terbitan Astro pada tahun 2007 dan selepas itu berita mengenai As jarang lagi dilihat menerusi media massa.

“Saya dan adik saya, Watie pernah muncul dalam program MeleTOP Raya dan selepas itu kami terus mendiamkan diri.

“Saya rasa elok juga begitu kerana selepas kahwin, tiada apa sangat perkara untuk dikongsi dengan peminat.

“Ada juga tawaran menyanyi dibuat kepada saya tapi saya abaikan kerana zaman itu dah berlalu. Saya lebih senang dengan apa yang dilalui sekarang,” katanya.

Menurut As, Feminin dibuvarkan apabila semua anggotanya berkahwin dan mempunyai komitmen terhadap keluarga dan karier.

“Cukuplah dengan populariti kami dulu kerana masing-masing pun dah ada keluarga dan karier sendiri. Tiada apa lagi yang nak dike-jar sangat sekarang.

“Dah berumur begini, baiklah saya duduk rumah habiskan masa dengan anak-anak. Kalau gi-an nak menyanyi, saya le-paskannya dengan menyanyi karaoke saja.

“Bagaimanapun kalau masa sesuai saya tidak akan tolak sekiranya diundang sesekali menjadi tetamu untuk program hiburan. Lagipun saya masih mengikuti perkembangan dunia hiburan di kaca TV dan laman sOsial,” terangnya.

Menyorot  kembali sejarah penubuhan Feminin, As berkata, mereka sebenarnya bermula sebagai penari sebelum mengambil keputusan untuk mewujudkan Feminin.

“Kami mulanya belajar menari di bawah bimbingan Abang Edd pada 1989. Ketika itu kami mendapati hanya ada kumpulan 4U2C dan KRU saja dan terus bersemangat menubuhkan Feminin.

“Abang Edd yang berjaya menaikkan nama kami dan banyak memberi peringatan berguna antaranya, jangan s0mbong dan sentiasa menghormati orang biarpun di puncak populariti.

“Bahkan sampai sekarang pun saya sentiasa merujuk dan minta kebenarannya untuk muncul dalam mana-mana program hiburan biarpun dia sudah berada di bidang kerjaya lain,” terang As.

Semoga As terus bahagia dengan keluarga tercinta. 

 

 

 

 

 

Sumber:HM