Melly dikri-tik muatnaik MV tidak berhijab

Nama penyanyi terkenal Indonesia Melly Goeslow tiba-tiba ‘panas’ apabila tampil tidak berhijab dalam muzik video berjudul Moga Bunda Disayang yang dimuat naik di instagramnya.

Menerusi video tersebut Melly kelihatan tidak berhijab dan komposer itu hanya memakai baju lengan panjang berwarna putih dalam babak dia sedang berbual dengan seorang wanita.

Tindakan Melly menaikkan video berkenaan mencetuskan kemar-ahan terhadap peminatnya yang mempertikaikan tindakannya membuka tudung.

Bagaimanapun menurut isteri kepada Anto Hoed itu, klip tersebut adalah video lama sebelum dia berhijrah menutup aurat sepenuhnya.

“Video sudah tentu dibuat semasa saya belum berhijab, dan baru sekarang video berkenanaan disiarkan dan mendapat krit-ikan” tulisnya.

Menurut Melly dia tidak terkesan apabila video itu mendapat keca-man nitizen.

“Lumrah manusia memang suka mengkri-tik, sedangkan Allah maha adil” tambahnya.

Melly juga tidak keberatan sekiranya ada netizen yang memilih untuk berhenti mengikut akaun intagram miliknya.

“Video ini saya post untuk pengajaran kita bersama, sekiranya ada yang tidak setuju dengan saya, bagi yang mahu unfollow silakan,” jelas Melly lagi.

 

 

 

 

 

Sumber:mstar