Akhirnya Aizameen pergi mengadap Ilahi

Bapa dua anak, Aizameen Haqim Abd Razak yang menghidap asma kr0nik dan masa-lah paru-paru mening-gal dunia kira-kira jam 1.47 tengahari tadi.

Perkara itu dimaklumkan oleh sepupu isterinya, Emmy Farhany Ahmad, 41, menerusi kiriman WhatsApp.

Aizameen, 27, menghemb-uskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Melaka.

“Salam semua, nak maklumkan Aizameen Haqim telah pergi meghadap Ilahi.

“Sama-sama kita doakan kesejahteraan arwah. Al-Fatihah,” katanya.

Setakat ini, jenazah Aizameen dilap0rkan masih berada di hospital untuk diuruskan sebelum dikebumikan di Kampung Paya Dalam, Melaka.

Sebelum ini tular kisah Aizameen dan isterinya, Fatin Atikah Munzahit, 26, yang terpaksa berpi-sah dengan satu sama lain selepas dimasukkan ke ICU.

Aizameen dimasukkan ke ICU pada 30 Oktober lalu selepas mengalami asma kr0nik manakala isterinya, Fatin dimasukkan ke ICU Isnin lalu akibat jan-gkitan kuman dalam dar-ah.

Manakala anak bongsu mereka, Fitiya Ariana yang berusia dua bulan turut dimasukkan ke wad akibat cirit birit dan naj-is berda-rah sementara abangnya Firash Aedrian, 2, mengalami ekzema kini dijaga oleh ibu saudara kanak-kanak itu, Nur Shuhaila Mazlan, 28.

Difahamkan Fatin sudah dipindahkan ke wad biasa kelmarin sebelum keluar hospital bersama bayinya, Fitiya petang semalam.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:HM