Alami sesak nafas, Datuk M.Daud Kilau masuk h0spital

Penyanyi veteran atau nama gelarannya Raja Gelek Malaysia, Datuk M. Daud Kilau dikej-arkan ke H0spital Teluk Intan selepas menga-du sesak nafas.

Menurut anak lelaki penyanyi itu, Ahmad Zaini, bapanya dimasukkan ke h0spital pada pukul 3.15 petang.

Katanya lagi walaupun Raja Gelek itu kini stabil namun beliau masih dalam keadaan lemah.

“Saya membawanya ke Klinik Kesihatan Bagan Datuk kira-kira pukul 1 pagi dan selepas itu membawanya semula pulang ke rumah.

“Melihatkan keadaannya yang semakin tervk, saya terus membawanya ke Hospital Teluk Intan petang tadi,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, sebaik sahaja tiba di hospital, bapanya menjalani pemeriksaan dan raw-atan di zon merah dan diberikan bantuan pernafasan menggunakan oksigen.

“Sehingga sekarang bapa masih diraw-at, keadaannya stabil, boleh bercakap namun dalam keadaan keletihan,” katanya.

Sebelum ini, penyanyi berusia 83 tahun itu pernah dikejarkan ke hospital beberapa kali akibat masalah kesi-hatan yang dialaminya.

Kesihatan penyanyi yang terkenal dengan lagu lagu ‘Cek Mek Molek’ dan ‘Gila Judi’ itu semakin merosot sejak beberapa tahun lalu kerana menghid-ap kncing manis, sa-kit pinggang dan jantvng tidak stabil.

Keadaan itu juga menyebabkan M. Daud Kilau mengambil keputusan tidak lagi membuat persembahan pentas dan menghabiskan masa di rumahnya yang terletak di Sungai Balai Baru, Bagan Datuk,Perak.

 

 

 

 

 

Sumber:Kosmo