EY Beauty Empire naafi terlibat skandal d4dah

Bukan kami!

Pengarah Urusan EY Beauty Empire Sdn Bhd, Zalina Zahari mena-fikan syarikatnya terbabit dengan pengedaran dad-ah, susulan penahanan seorang lelaki bergelar Datuk Seri, semalam.

Katanya, lelaki yang ditahan bersama sya-bu bernilai kira-kira RM5 juta tidak melibatkan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, seperti yang tersebar di media s0sial.

“Susulan laporan berita semalam yang mengatakan seorang lelaki bergelar Datuk Seri dita-han, ramai orang mengaitkan lelaki terbabit dengan kami sehingga ada mengatakan syarikat kosmetik saya, turut terbabit dengan aktiviti da-dah.

“Saya ingin menegaskan lelaki berkenaan tiada kaitan langsung dengan syarikat saya, selain mena-fikan EY Beauty Empire Sdn Bhd terbabit dengan aktiviti penyala-hgunaan da-dah.

“Pembabitan lelaki berkenaan hanyalah dua kali, iaitu ketika promosi produk pada Julai dan Ogos lalu. Isteri lelaki berkenaan pula, hanya dikenali ketika saya berurusan dengan sewaan dewan dan meminta bantuan saya untuk mengeluarkan produk kosmetik,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Zalina berkata, sepanjang berurusan dengan lelaki berkenaan, beliau dimaklumkan lelaki itu terbabit dalam perniagaan balak dan kayu gaharu.

“Saya tiada pengetahuan pembabitan lelaki itu dengan aktiviti penyal-ahgunaan da-dah sehingga dilaporkan semalam.

“Saya percaya kepada kredibiliti polis untuk menyiasat perkara ini serta menyerahkan kepada pihak berkuasa dan mahkamah untuk menyia-sat dan menentukan pembabitkan lelaki berkenaan.

“Hari ini, saya juga tampil membuat laporan polis di Balai Polis Kota Bharu bagi mena-fikan pembabitan kami dengan aktiviti da-dah serta mahu membersihkan syarikat kami yang baru beroperasi Jun lalu,” katanya.

Beliau berkata, EY Beauty Empire masih lagi kekal menjalankan perniagaan berasaskan kosmetik dan minuman serta tidak sesekali terbabit dalam menyokong mana-mana individu yang menjalankan aktiviti bertentangan dengan undang-undang.

Zalina turut memohon pengguna Facebook, Instagram serta media s0sial lain untuk berhenti mengaitkan EY Beauty Empire dengan kegiatan da-dah dan apa jua kegiatan menyal-ahi undang-undang.

“Saya juga akan mengambil tindakan undang-undang melalui sam-an sivil terhadap mereka yang membuat ‘posting’ mengaitkan EY Beauty Empire dengan kegiatan da-dah. Saya mohon ia dipadamkan segera,” katanya.

Media semalam melaporkan, polis menahan lelaki bergelar Datuk Seri dan adiknya di Selangor kerana dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dad-ah antarabangsa.

Ahli perniagaan berusia 31 tahun itu dan adik lelakinya yang juga seorang anggota tentera berusia 25 tahun ditah-an sekitar jam 4.30 petang Selasa lalu, bersama bungkusan disyaki da-dah jenis sya-bu seberat 126.85 kilogram dianggarkan bernilai RM5 juta.

 

 

 

Sumber:BH