“Kasih ibu membawa ke syurga,kasih ayah kekal selamanya”.
Tiada apa yang lebih mervntun jiwa melihat kesugguhan sepasang suami isteri yang sanggup menaiki motosikal sejauh kira-kira 200 kilometer (KM) dari Ipoh ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) demi mahu meneruskan rawa-tan k4nser anak mereka yang berusia tiga tahun.
Ibu kanak-kanak tersebut, Nur Natasya Rasid, 24, berkata, pada 11 November lalu, dia bersama suami, Muhammad Iqmal Ramli, 24, dan anak, Nur Mardhiah Shahadah Abdul Hadi nekad menaiki motosikal dari kediaman mereka di D’ Aman Residensi, Bandar Meru Raya, di sini kerana mereka tiada pilihan lain.
Menurutnya, Nur Mardhiah terpaksa menjalani pembed-ahan sunt-ikan ster0id dan membuag lebihan daging pada mata kiri kanak-kanak yang menghi-dap penykit itu ketika bayi lagi.
Bercerita mengenai kisahnya yang tvlar beberapa hari lalu, Nur Natasya berkata, tindakannya membawa anak istimewa itu ke HKL menaiki motosikal untuk menjalani rawa-tan disebabkan tiada kenderaan lain.
“Sebenarnya kami dah berfikir panjang dan tak ada pilihan. Nak naik bas tak boleh sebab sekarang tengah Perintah Kaw-alan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Nak sewa kereta pula tak mampu sebab kami sendiri tak tahu berapa hari rawa-tan Nur Madhiah.
“Jadi, disebabkan Nur Mardhiah perlu jalani raw-atan segera, saya dan suami ambil keputusan bawa dia naik motosikal. Itupun sepanjang perjalanan kami berhenti beberapa kali sebab risaukan Nur Mardhiah,” katanya.
Jelas Nur Natasya, segala urusan raw-atan sememangnya di HKL kerana dulu mereka menetap di Kuala Lumpur dan mereka ke HKL hanya dengan menaiki motosikal kerana jarak yang dekat.
Bagaimanapun mereka sekeluarga berpindah ke Ipoh sejak lima bulan lalu selepas suaminya yang pekerja kontrak mendapat pekerjaan baharu.
Katanya, Muhammad Iqmal diberhentikan kerja ketika Perintah Kaw-alan Pergerakan (PKP) lalu dan kemudian mendapat tawaran bekerja di Simpang Pulai.
Kisah perjalanan mereka sekeluarga ke HKL itu turut dikongsi Nur Natasya menerusi akaun Facebooknya dengan menceritakan ketika pergi dan balik mereka menerima bantuan banyak pihak yang membantu sehingga Nur Mardhiah berjaya menjalani pembe-dahan.
Menurutnya, sepanjang perjalanan tersebut, mereka beberapa kali berhenti disebabkan hujan malah terdapat pengguna jalan raya lain yang menumpangkan Nur Mardhiah sehingga sampai ke hospital.
Malah ketika beberapa hari di Kuala Lumpur, terdapat individu yang menawarkan diri membayar penginapan hotel ketika Nur Mardhiah menjalani rawa-tan.
Ketika pulang pula, mereka dibantu individu sama yang menumpangkan mereka ketika pergi ke HKL tempoh hari dan selamat sampai semalam di Ipoh kira-kira jam 2 petang.
Dalam pada itu, kesu-sahan yang dialami keluarga adik Nur Mardhiah Shahadah yang terpaksa menaiki motosikal dari Ipoh ke HKL itu turut mendapat perhatian Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Sebagai meringankan beban yang ditanggung keluarga Nur Mardhiah, Ahmad Faizal yang juga Ahli Parlimen Tambun akan menanggug bayaran sewa rumah selama enam bulan selain menyediakan kemudahan pengangkutan bagi mera-wat kanak-kanak comel itu di HKL.
Perkara itu diumumkan sendiri oleh isteri Menteri Besar Perak itu, Datuk Seri Dr Nomee Ashikin Mohammed Radzi yang juga Pengerusi Foodbank Perak yang menziarahi keluarga itu di Bandar Meru Raya di sini hari ini.
Menurut Dr Nomee Ashikin, pemberian bantuan itu bertujuan untuk meringankan b3ban ditanggung oleh keluarga Nur Mardhiah yang menghadapi kesvkaran kerana kesmpitan wang.
“Kita harap dalam tempoh enam bulan ini, keluarga adik Nur Mardhiah dapat mencari jalan untuk menjana pendapatan seperti memulakan perniagaan atau ibunya boleh mencari pendapatan sampingan dari rumah.
“Dalam masa sama, saya sendiri akan berbincang dengan rakan-rakan doktor perubatan untuk memudahkan Nur Mardhiah mendapatkan rawa-tan. Mana-mana rawa-tan yang boleh dibuat di Ipoh kita akan buat di sini,” katanya.
Sumber:Sinar Harian