Beza, memang berbeza. Lain benar penampilan bekas ahli kumpulan Kool ini jika dibandingkan dengan awal kemunculannya dulu.
Namun bagi Zack, 54, atau nama sebenarnya Zulkifli Mohamad berkata, dia masih kekal sebagai individu yang sama, namun hanya lain dari segi imej luaran.
“BUKAN satu masalah sekiranya saya dijemput menyanyi, tapi dalam masa sama saya akan selitkan juga lagu berkonsepkan dakwah buat penonton,” kata Zack.
Bekas anggota KOOL ini mula tampil berbeza tahun ini dengan imej Islamik iaitu berjanggut lebat.
“Alhamdulillah, saya makin seronok menyertai sesi rehlah (lawatan luar kawasan) bersama Maulana Wan Helmi, manakala untuk pengajian agama pula dengan Ijam Medicine.
“Jadi saya pilih tampil dengan imej begini. Ia bukan kerana ikutan tapi sebagai peringatan dan am4ran kepada diri sendiri supaya tak buat benda yang dilar-ang. Ia amalan sunnah Rasulullah SAW dan saya mula berbuat demikian sejak awal tahun lalu,” katanya lagi.
Awal penghijrahannya, Zack berdepan uj1an apabila peminat wanita mahu bersalam dengannya setiap kali berjumpa.
“Mereka teruja namun ini buat saya serba salah. Saya tak salahkan mereka dan akhirnya bertindak pakai kopiah bagi memahamkan mereka. Cara ini barulah okey dan berjaya. Apabila berjumpa, dari jauh lagi mereka ucap alhamdulillah dan senyum. Saya hormat mereka sebagai peminat saya. Saya nak belajar jadi baik dan kenalah buat sesuatu yang orang nampak perubahan itu,” katanya.
Seiring dengan perubahannya, Zack tampil dengan single berjudul Bisikan Kalbu hasil ciptaannya sendiri.
“Proses rakaman dibuat di studio Is Wow yang turut bertindak sebagai penggubah lagu ini. Ia sudah disiarkan sejak tiga minggu lalu menerusi saluran YouTube zack kool,” katanya.
Sumber:HM