“Ayah yang telah lama meniggalkan Ibu”- Da’i Syed

PENDAKWAH dan penyanyi muda Da’i Syed,25, menegaskan apa yang berlaku antara dirinya dan ayahnya, Seif Jamalullail adalah hal peribadi keluarga mereka yang perlu disimpan.

Dai Syed menyatakan perkara tersebut apabila tersebar luahan serta nasihat ayahnya di Facebook yang menjadi topik hagat perbualan warganet.

Antaranya ialah mengenai mesej Seif Jamalulail yang dihantar tapi tidak dipedulikan Dai Syed sejak dua tahun lalu.

“Segala didikan telah saya beri kepadanya sejak dari kecil adalah menurut yang agama sarankan dan tindakan untuk menegur serta nasihat kepadanya telah pun saya usahakan sebaiknya, namun tiada upaya lagi bila semua message saya itu diabaikan sudah 2 tahun tanpa reply sepatah pun,” antara kata-kata ayahnya di Facebook.

Dan ini pula respon Dai Syed terhadap luahan ayahnya.

“Saya juga mengambil maklum mengenai hantaran media s0sial Facebook oleh pengguna akaun Facebook, Seif Jamalullail yang merupakan ayah kandung saya.

“Isi kandungan hantaran tersebut kemudiannya telah disebarkan dan dijadikan topik-topik di portal berita atas talian.

“Saya percaya bahawa keadaan sebenar hubungan semasa antara ayahanda saya dan saya adalah perkara peribadi yang perlu disimpan sendiri oleh saya, cukuplah sekadar saya menyatakan bahawa ayahanda saya telah lama mening-galkan ibu sejak tahun 2017, lantas berpindah ke Cairo, Mesir,” jelas Dai Syed menerusi sebuah kenyataan di instagramnya.

Dai Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Jamalullail juga menjelaskan, hubungan dengan ayahnya sudah lama reggang sejak beberapa tahun lalu.

“Hubungan kami berdua telah keruh seawal 2016 apabila beliau tidak bersetuju dengan pilihan kerjaya hidup saya untuk menyertai program Dai yang ditayangkan di kaca televisyen.

“Namun atas rasa hormat anakanda kepada ayahandanya, saya terima nasihat yang diberikan itu dengan hati yang terbuka,” katanya lagi.

Dalam kenyataan tersebut, Da’i Syed turut membuat keputusan untuk mengambil tindakan sam-an terhadap individu yang telah melemparkan fit-nah terhadap dirinya berhubung dakwa-an kes r0gol.

Terdahulu, Da’i Syed membuat Lap0ran polis apabila difi-tnah mer0gol.

Semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan cara baik dan segalanya dipermudahkan. Amin.

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:Wilayahku