Seorang remaja lelaki,Mohamad Izzat Izzudin Hussin yang pernah dilap0rkan hilag di sebuah banglo dikenali Vila Nabila di Bukit Alip,Johor mahu melupakan kisah hitam tersebut yang pernah menggemp-arkan negara kira-kira tujuh tahun lalu.
Menurut Izzat,23,dia tidak lagi mahu dikaitkan dengan kisah tersebut setelah dia memilih untuk meneruskan kehidupan normal dengan membantu ibunya berniaga di Kampung Hajah Hasnah Majidee di sini.
“Jika boleh, saya mahu lupakan kisah di Vila Nabila itu dan tidak mahu ia berlarutan menghantui saya. Malah, saya juga sudah terpvtus hubungan dengan rakan yang bersama-sama pergi ke vila tersebut tujuh tahun yang lalu.
“Sudah sampai masanya untuk saya meneruskan kehidupan dan memberi tumpuan terhadap apa yang berada di depan saya,” katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.
Pada 16 November 2013, Mohamad Izzat ketika itu berusia 16 tahun bersama 27 rakannya telah masuk ke dalam Villa Nabila pada tengah malam sebelum dilap0rkan hilang, namun sebaliknya dia ditemukan di rumah rakan di Taman Desa Mutiara terletak kira-kira 15 kilometer dari banglo itu yang kononnya berhantu pada dua hari kemudian.
Wajah Izzat ketika mula-mula ditemui selepas hilag
Izzat bagaimanapun eggan bercerita lanjut tentang apa sebenarnya yang berlaku.
Sebaliknya, dia mengakui premis itu yang juga dikenali sebagai Christine Palace, memang mempunyai unsur mi$tik meskipun nampak biasa seperti rumah usag.
“Ini bukan kali pertama saya bersama rakan pergi ke situ. Ia kali ketiga dan terakhir (waktu kejadian) saya ke sana, seorang budak perempuan bersama kami seperti kena r4suk setelah ternampak lembaga di atas pokok berhampiran dan ia berjagkit kepada beberapa rakan lain.
“Kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan, kami hanya pasang bacaan al-Quran di Youtube. Setelah keadaan reda, Kami cepat-cepat meninggalkan kawasan itu menerusi jalan belakang menuju destinasi masing-masing.
“Sehingga kini, saya k3sal kerana kecvaian tidak memaklumkan kepada keluarga tidak pulang ke rumah waktu itu telah menimbulkan isu besar,” katanya.
Dalam pada itu, ibunya, Norhayati Mohamad, 46, berkata, dia pernah dicmuh orang kampung gara-gara insiden tersebut.
“Sebagai seorang ibu, saya terpaksa berbuat demikian. Ibu mana yang tidak risau anaknya hilag di tempat bermissteri seperti itu. Izzat turut dimar-ahi polis kerana menyvsahkan mereka melakukan aktiviti pencarian di kawasan itu,” katanya.
Vila berkenaan yang berusia lebih 40 tahun sering dikaitkan dengan pelbagai kejadian mi$tik hingga menjadi tumpuan orang ramai termasuk luar negara khususnya pengkaji aktiviti paranOormal manakala bangunan itu kini sudah berpagar dan tidak lagi boleh dimasuki.
Sumber: Utusan